Hampir setiap hari ada sahaja permainan baru yang dikeluarkan di Steam, dan mungkin sebab itulah persaingan menentang Steam sangat sukar. Tapi, harini saya bukan nak bercerita pasal persaingan Steam dengan store dalam talian yang lain, sebaliknya nak berkongsikan antara permainan video yang boleh dimainkan secara percuma dan muat turun nya dari Steam – Mei 2019.
Kat sini saya kongsikan antara permainan yang ‘so far so good’ untuk kita main melalui rating-rating di dalam Steam.
1. RUCKBALL [ex sumocrats]
Ruckball adalah permainan sukan 3v3 dan misinya adalah memasukkan bola gergasi didalam goal dengan cara menumbuknya. Dalam cadangan masa depan, permainan ini dapat menarget beberapa penerbit besar untuk membawa permainan ini dalam acara kejohanan.
Multiplayer – Online Multiplayer – Partila Controller Support
Tarikh Pengeluaran: 18 Mei 2019
Pembangun: The Architects Republic
Penerbit: The Architects Republic
2. DEUTERIUM WARS
https://youtu.be/MX6Sql2ubQc
Dilancarkan sebagai akses awal minggu lalu, Deuterium Wars adalah penembak multiplayer sidescrolling dengan penekanan pada penyesuaian kapal. Masa korang main, korang akan mengumpulkan semua jenis bahan yang boleh diletakkan di kapal anda tetapi juga menambahkan senjata yang lebih baik kepadanya. Sebagai tambahan kepada pertempuran PvP, ia kelihatan seperti pemain boleh berdagang dengan pemain lain juga. Permainan ini ditetapkan untuk melancarkan 1.0 dalam setahun, serta pihak Disquire turut merancang untuk mengeluarkan permainan ini dalam versi mudah alih dan konsul.
Single player – Online Single player- Online Co-op – Pembelian dalam permainan
Tarikh Pengeluaran: 16 Mei 2019
Pembangun: Disquire
Penerbit: Disquire
3. BLOCKADE Classic
Sebuah permainan FPS dalam dunia kubik! Korang dapat menggunakan pelbagai senjata, team up sehingga 4 orang dah menentang 32 pemain yang lain didalam peta yang sama.
Online Multiplayer – Pembelian dalam permainan
Tarikh Pengeluaran: 5 Nov 2014
Tarikh Pelancaran Free-to-Play: 21 Mei 2019
Pembangun: NovaLink
Penerbit: NovaLink
4. NEON BOOST
Neon Boost adalah First Person Platformer yang didasarkan pada mekanik seperti Rocket-Jump atau Wall-Run. Berjalan di 3 dunia yang berbeza untuk mendapatkan masa yang terbaik serta dikelilingi lampu neon yang menarik!
Single Player
Tarikh Pengeluaran: 5 Nov 2014
Pembangun: Sampletext Studio
Penerbit: Sampletext Studio
5. THE DEFENDER: FARM AND CASTLE
https://youtu.be/GS6l5oKpNKw
Korang adalah pemanah yang melindungi istana dari serangan raksasa. Di istana korang boleh menguruskan sumber, membuat ruang dan panen produk. Apabila meningkatkan tahap, korang akan dapat mempelajari kemahiran baru untuk bertarung dengan musuh yang lebih kuat.
Single Player
Tarikh Pengeluaran: 5 Nov 2014
Pembangun: Kitti Sarmuerjai
Penerbit: Kitti Sarmuerjai
Okay sampai disini, jadi kalau korang dah stress atau letih nak selesaikan misi-misi permainan popular yang korang tengah main, boleh la muat turun lima game ni untuk lepaskan geram ye! Jangan lupa untuk teruskan bersama kami untuk update Free-to-play Game bulan depan!
@gamersantaimy
Discussion about this post