Musim pertama Digimon berkisarkan lapan kanak-kanak yang dikenali sebagai Digidestined ketika mereka cuba untuk menyelamatkan kedua-dua dunia sebenar dan dunia digital. Selepas menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, protagonis kanak-kanak ini berjaya selamatkan kedua-dua dunia ini menjelang pengakhiran musim.

Tiada cerita yang lengkap tanpa penjahat yang baik. Walaupun banyak watak antagonis diperkenalkan kepada peminat sepanjang siri Digimon, senarai ini memberi tumpuan lebih kepada penjahat utama atau yang sering muncul untuk siri ini. Selain itu, senarai ini hanya termasuk watak antagonis yang muncul sebelum Adventure 02, dan senarai baru akan dibuat untuk siri Digimon berbeza. Mari kita bermula.
LADYDEVIMON

LadyDevimon diperkenalkan sebagai watak bertentangan kepada Angewoman. Walaupun dia hanya salah seorang konco Piedmon, dia membuktikan nilainya dengan kekejaman yang diarahkan ke Digidestined. Merupakan pengawal peribadi kepada Piedmon, dia memastikan bahawa semua Digimon tahu betapa bahayanya dia.
Walaupun salah satu bahagian yang paling diingati daripada pertarungan antara LadyDevimon dan Angewoman adalah sesi tampar-menampar lucu, adegan ini diatasi apabila LadyDevimon benar-benar ingin membunuh Angewoman, dengan menikamnya di belakang. Serangan ini tidak berjaya kerana dihalang oleh MegaKabuterimon.
PIEDMON

Bagi Digimon, terdapat banyak faktor untuk menjadi penjahat yang bagus. Salah satu daripada faktor ini adalah keperibadian karakter dan Piedmon berjaya menyampaikan mesej tersebut dengan jelas. Bermula dengan penampilannya, seorang badut Digimon pasti akan menakutkan ramai kanak-kanak. Tambahan bahawa dia juga mengawal kumpulan askar dipanggil Nightmare Army yang termasuk LadyDevimon, perkara itu hanya menambah kegerunannya.
Piedmon sangat kejam dan kalkulatif, semasa melihat Digidestined menewaskan rakan Dark Master dan belajar dari kesilapan mereka. Walaupun dia menunggu terlalu lama untuk memulakan langkahnya, dia berjaya mengubah sebahagian besar Digidestined dan rakan-rakan mereka kepada rantai kunci, lalu tidak menjadi ancaman lagi. Hanya selepas Angemon yang berevolusi ke MagnaAngemon barulah Piedmon dikalahkan.
DEVIMON

Sebagai penjahat besar pertama musim pertama, Devimon perlu banyak untuk buktikan. Berdasarkan setan, Digimon gelap ini bertanggungjawab atas semua dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Digidestined pada suku pertama musim. Dark Gear-nya adalah punca kesengsaraan Dunia Digital dan wataknya sendiri mudah mendominasikan semua pihak lawan.
Kesilapannya, seperti Piedmon, adalah bahawa dia tidak mengharapkan Angemon untuk muncul dan menewaskannya dengan menyerap kuasa semua rakan-rakan Digidestined itu. Devimon dengan mudah dapat mengalahkan semua Digimon taraf Champion yang lain, tetapi apabila sampai pada kanak terakhir, ia menjadi kejutan. Walaupun Devimon kalah, Angemon juga mati, jadi adalah kemenangan terakhir untuk Devil Digimon tersebut.
DIABOROMON

Mungkin agak tidak adil kerana dia tidak muncul di Adventure 01 tetapi di dalam filem, tetapi Diaboromon layak untuk masuk senarai ini. Digimon ini adalah salah satu penjahat yang paling dikenali di dalam siri kerana penampilannya di Digimon: The Movie. Walaupun tidak muncul secara langsung di Dunia Digital, sebaliknya dalam internet, tindakannya memberi kesan kepada kedua-dua dunia sehingga Digidestined perlu muncul untuk menyelamatkan semua orang.
Diaboromon adalah salah seorang penjahat terbaik kerana dia berjaya mematahkan semangat Digidestined. Sepanjang filem itu, dia selalu selangkah lebih awal daripada Digidestined. Malah detik-detik terakhir filem membuatnya kami berasa seperti dia masih akan menang sehingga Omnimon, juga diperkenalkan kali pertama dalam filem, akhirnya menewaskannya dengan baki 1 saat.
MYOTISMON

Myotismon mendapat tempat pertama sebagai antagonis terbaik. Penampilannya berdasarkan pada vampire tradisional dan ia dipamerkan dengan baik. Walaupun ada ciri-ciri manusia, dia masih membawa ketakutan yang tidak mudah ditiru oleh penjahat lain dalam rancangan, dan membuat penonton merasa seperti dia boleh wujud dalam dunia sebenar. Sama seperti penampilannya, kebolehan Myotismon juga berdasarkan pada vampire, yang termasuk kebolehan mengawal kelawar dan transformasi kepada raksasa, walaupun ini ialah Digivolution beliau.
Faktor terbesar dalam kejahatan Myotismon adalah dia tidak fokus pada dunia Digital seperti watak jahat lain. Dia masuk ke dunia sebenar dengan bertujuan untuk menyeksa orang sebenar, termasuk menculik kanak-kanak. Kekuatan, dan kecerdasan menjadikannya yang terbaik, seiring dengan semangatnya yang sukar mati.
@gamersantaimy
Discussion about this post