Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA Jinchūriki paling KUAT dalam Sejarah Siri NARUTO!

Naruto: The 10 Strongest Jinchūriki In The Series

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 15, 2019
in Anime, Artikel, Berita, Bimbingan
0 0
0
LIMA Jinchūriki paling KUAT dalam Sejarah Siri NARUTO!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri manga dan anime popular, Naruto mengikuti kisah Naruto Uzumaki, yang ingin menjadi Hokage untuk Konoha. Untuk mencapai matlamat ini, Naruto berlatih dan berlatih serta menewaskan musuh demi musuh yang mengancam keamanan dunianya. Salah satu sumber kuasa utamanya adalah Bijuu (tailed beasts) yang tinggal di dalamnya bernama Kurama. Kuasa Bijuu menjadikan Naruto sangat istimewa.

Walau bagaimanapun, Naruto bukanlah satu-satunya individu dalam siri ini yang mempunyai Bijuu. Malah, ramai watak dari pelbagai kampung memilikinya. Individu-individu ini yang menjadi tuan rumah untuk Bijuu, dikenali sebagai jinchūriki. Dalam senarai kali ini, saya memperkenalkan LIMA jinchūriki terkuat pernah saya lihat dalam siri Naruto buat masa ini.

Namikaze Minato

Jangan terkejut kerana ayah Naruto sendiri, Minato, berada dalam senarai ini juga. Sebelum kematiannya, Minato memecahkan sembilan ekor kepada dua bahagian; Ying dan Yang. Bahagian Ying Kurama disimpan dalam diri Minato, manakala bahagian Yang disimpan dalam Naruto. Apabila Minato dihidupkan semula semasa 4th Great Ninja War, dia telah menguasai Kurama yang di dalamnya, dan menjadi jinchuriki yang sempurna. Walaupun tanpa Kurama, Minato sudah menjadi salah satu watak paling kuat yang pernah hidup, terbukti dari fakta bahawa dia adalah Hokage ke-4 untuk Konoha. Sebagai jinchūriki, dia diperkuatkan kepada satu tahap yang signifikan hingga dia dapat bertarung dengan Uchiha Madara dan Uchiha Obito.

Uchiha Obito

Uchiha Obito telah memulakan 4th Great Ninja War dengan tujuan menjadi jinchūriki kepada bijuu ekor sepuluh dan menggunakan Infinite Tsukuyomi ke atas seluruh shinobi. Dia hampir berjaya dalam misi ini, kerana pada penghujung peperangan, Obito telah menjadi jinchūriki ekor sepuluh. Pada saat itu, Obito adalah watak paling kuat dalam siri. Dia boleh bertarung seluruh Shinobi Alliance dengan sendirinya, sehingga Hashirama pun mengaku bahawa Obito lebih kuat daripada dia. Akhirnya, Obito kalah kepada Shinobi Alliance, tetapi satu-satunya sebab mengapa dia kalah adalah kerana sebahagian daripada dirinya ingin percaya kata-kata Naruto dan cita-citanya.

Uchiha Madara

Selepas Uchiha Obito, jinchūriki seterusnya untuk bijuu ekor sepuluh ialah Uchiha Madara. Apabila dibandingkan dengan Obito, Madara lebih kuat. Dia mampu menyembuh semula daripada apa-apa kecederaan, dan dia juga memiliki Jutsu yang paling kuat, Infinite Tsukuyomi. Kuasa Madara hanya dapat disaingi apabila kuasa Naruto dan Sasuke ditingkatkan oleh Hagoromo Otsutsuki. Sebagai jinchūriki ekor sepuluh, kemahiran Madara berada di luar jangkaan apa yang pernah dilihat di dunia shinobi. Dia benar-benar satu kekuatan yang tiada saingan, dan sehingga hari ini, peminat masih marah Masashi Kishimoto kerana menjadikannya korban untuk Otsutsuki Kaguya.

Uzumaki Naruto

Uzumaki Naruto telah dijadikan jinchūriki oleh ayahnya hanya beberapa saat selepas dia dilahirkan. Bahagian Yang Kurama telah dikunci dalam dirinya, dan ia mengambil masa beberapa tahun untuk Naruto menjadi jinchūriki yang sempurna. Selepas 4th Great Ninja War, Naruto akhirnya memperoleh separuh lagi bahagian Kurama, yang menjadikannya lebih kuat daripada sebelumnya. Bukan itu sahaja! Dia juga memperoleh chakra dari semua Bijuu, yang pada dasarnya membuatkan dia jinchūriki untuk ekor sepuluh juga. Menjelang akhir peperangan, Naruto cukup kuat untuk melawan watak-watak seperti Kaguya sendiri. Kemahirannya telah semakin meningkat selepas bertahun-tahun dan ini boleh dilihat di siri Boruto.

Otsutsuki Hagoromo

Otsutsuki Hagoromo boleh dikatakan watak paling kuat dalam siri Naruto secara keseluruhannya. Beliau adalah anak Otsutsuki Kaguya dan dengan demikian dilahirkan dengan kebolehan luar biasa. Kekuatannya terlalu hebat walaupun dia bukan jinchūriki, dia mampu mengurung Otsutsuki Kaguya dengan bantuan abangnya. Selepas pertarungan besar ini yang berlangsung selama dua bulan, Otsutsuki Hagoromo menjadikan dirinya sebagai jinchūriki untuk ekor sepuluh, yang kemudian meningkatkannya ke tahap yang tiada tandingan. Beliau memerintah sebagai jinchūriki terkuat dalam keseluruhan siri Naruto.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BijuuJinchūrikiNamikaze MinatonarutoNaruto UzumakiOtsutsuki HagoromoUchiha MadaraUchiha Obito
Previous Post

Trivia menarik yang ada dalam Map Nuketown Call of Duty Mobile yang pasti buat korang tertarik!

Next Post

Vivo Nex 3 5G boleh mula PRE-ORDER hari ini di Malaysia! Bernilai RM3,899!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Vivo Nex 3 5G boleh mula PRE-ORDER hari ini di Malaysia! Bernilai RM3,899!

Vivo Nex 3 5G boleh mula PRE-ORDER hari ini di Malaysia! Bernilai RM3,899!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd