Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA Aplikasi GAME BOOSTER yang bantu melancarkan telefon pintar ANDROID kamu!

Moga pengalaman "GAMING" makin syiokk selepas ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2019
in Android, Artikel, Berita, Bimbingan, Mobile
0 0
0
LIMA Aplikasi GAME BOOSTER yang bantu melancarkan telefon pintar ANDROID kamu!
Share on FacebookShare on Twitter

Kamu marah tak kalau selalu gagal untuk Chicken Dinner kerana telefon pintar asyik-asyik lag dan delay? Kamu marah tak kalau musuh dah depan mata, tapi sebab lag, kamu yang mati dulu. Sebelum kamu menyerah dan membuat pilihan untuk membeli telefon pintar baru, mungkin lebih baik jika kamu mencuba beberapa aplikasi game booster di bawah untuk Android. Moga bolehlah selesaikan masalah gamer semua.

Random Lag GIF from Random GIFs

Aplikasi Game Booster merupakan aplikasi yang membantu prestasi telefon pintar Android anda. Operasinya amat mudah sahaja. Kamu hanya perlu tekan satu kali sahaja pada aplikasi game booster untuk membersihkan memori telefon agar permainan video muda alih kamu berjalan dengan lancar. Di sini, dari semua aplikasi game booster di Play Store, kami telah memilih LIMA yang terbaik yang harus kamu cuba!

Game Booster – One Tap Advance Speed Booster

 

1 of 5
- +

Aplikasi ini akan membantu melancarkan game mobile kegemaran kamu dengan lebih cepat dan memberikan pengalaman yang lebih lancar apabila bermain. Selain itu, aplikasi ini juga akan membantu masalah RAM dan LAG pengguna dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan. Terdapat pelbagai ciri-ciri lain yang boleh kamu cuba dalam aplikasi ini. Ia adalah aplikasi pengoptimuman lengkap yang secara automatik boleh mengoptimumkan CPU, RAM, dan perkara-perkara lain secara automatik untuk memberikan kamu kelajuan sepantas kilat.

Game Launcher for Game Addicted

 

1 of 7
- +

Aplikasi game booster terbaik untuk Android haruslah mempunyai kuasa untuk mematikan semua aplikasi latar belakang dan mengimbas setiap aplikasi permainan untuk meningkatkan prestasi mereka. Yang menarik ialah kesemua ciri-ciri di atas boleh didapati di aplikasi ini. Dengan aplikasi ini, kamu mempunyai feature “Do Not Disturb” yang agak hebat untuk menikmati pengalaman permainan tanpa sebarang gangguan. Dengan mengaktifkan feature ini, kamu tidak akan menerima apa-apa panggilan dan notifikasi semasa bermain. Aplikasi ini juga mempunyai Child Mode yang bermaksud apabila kamu memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak, mereka tidak boleh menekan sebarang butang atau apa-apa aplikasi dalam peranti.

DU Speed Booster

 

1 of 5
- +

Jika kamu mencari kelajuan tertinggi dalam aplikasi game booster untuk pemain Android, maka kamu perlu mencuba DU Speed Booster. Aplikasi ini mempunyai potensi untuk membersihkan peranti Android untuk mendapatkan prestasi yang berkualiti tinggi. Ia boleh menjalankan pengoptimuman lengkap serta menghapuskan sebarang masalah yang menyebabkan kelajuan peranti menjadi lambat. Aplikasi ini juga memberi pengalaman permainan yang ideal di mana kamu tidak perlu bimbang tentang game crash dan skrin tiba-tiba hitam.

Game Booster – 2x Speed for Games

 

1 of 5
- +

Ia adalah aplikasi berkuasa untuk memainkan game mobile kamu dengan pengalaman prestasi terhebat. Game Booster ini menawarkan kamu kelajuan cuma dua kali ganda! Tiada lagi LAG dengan CPU, dan RAM yang dioptimumkan secara automatik. Ia adalah toolkit lengkap yang mempunyai app launcher dan booster di dalamnya. Aplikasi ini mempunyai satu ciri unik di mana kamu boleh menetapkan gaya main kegemaran untuk permainan mobile yang berbeza. Customization dan pengurusan boleh dilakukan dengan satu tekan pada aplikasi. Pendek cerita, ia adalah satu aplikasi yang sangat berguna dan mudah belajar.

Game Booster | Play Games Faster & Smoother

 

1 of 5
- +

Aplikasi ini mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi permainan kamu sehingga 200%. Ia adalah aplikasi garang yang akan mengeluarkan kuasa sebenar peranti Android kamu dan membantu dalam mengoptimumkan gajet untuk mendapatkan servis latar belakang yang paling lancar semasa bermain. Kamu boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengoptimumkan memori aplikasi permainan juga. Aplikasi ini direka untuk berfungsi dengan telefon yang NON-ROOT dan ROOT, tetapi apabila kamu menggunakannya dengan telefon yang ROOT, maka kamu boleh menggunakan kelajuan maksimum telefon anda. Pengguna boleh bermain permainan tanpa sebarang gangguan dengan aplikasi ini dan dengan mudah, mencipta skor benchmark yang tinggi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidDU Speed BoosterGame BoosterGame Booster - 2x Speed for GamesGame Booster - One Tap Advance Speed BoosterGame Booster | Play Games Faster & SmootherGame Launcher for Game AddictedPlay Store
Previous Post

Permainan RPG MARVEL Realm of Champions bakal menggegarkan mobile anda tahun depan!

Next Post

Inginkan KEMENANGAN dalam mod 5v5 dalam Call of Duty Mobile? Jom baca tips ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Inginkan KEMENANGAN dalam mod 5v5 dalam Call of Duty Mobile? Jom baca tips ini!

Inginkan KEMENANGAN dalam mod 5v5 dalam Call of Duty Mobile? Jom baca tips ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd