Diumumkan melalui acara RGG Studio Summit oleh SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio hari ini, Like a Dragon: Ishin! rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 21 Februari 2023. Bukan itu sahaja, sesiapa yang berminat Like a Dragon: Ishin juga boleh pre-order bermula sekarang!
Walaupun sudah didedahkan pada awal pagi ini, RGG Studio Summit mengeluarkan trailer yang lebih panjang bagi Ishin yang korang boleh tonton di bawah:
Kyo pada era 1860-an (versi fiksyen Kyoto) dibelenggu oleh pemerintahan yang tidak adil, maka seorang samurai akan mengubah sejarah dalam misi untuk mencari keadilan.
Angkat pedang Sakamoto Ryoma dan pergi ke Kyoto untuk mencari pembunuh bapa anda, bersihkan nama anda daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain, dan pulihkan maruah anda. Dengan berbuat demikian, anda akan menamatkan era samurai dan mengubah masa depan Jepun selama-lamanya.
Keluarkan pedang, isikan senapang anda dan sertai revolusi dalam pengembaraan bersejarah hebat ini yang hanya boleh dihasilkan oleh pencipta Yakuza: Like a Dragon.

Like a Dragon: Ishin membawa ramai wajah ikonik untuk menceritakan kisah sejarah epik ini. Peminat serta merta akan mengenali protagonis kami sebagai Kazuma Kiryu daripada entri terdahulu dalam francais. Dalam Ishin, Kiryu akan menjadi muka Sakamoto Ryoma manakala Goro Majima, Takeda Kanryu, Itoka Shiro, Takechi Hanpeita dan watak Yakuza yang lain menyertai Ryoma sebagai kawan atau musuh dalam dunia fiksyen tersebut.

Takeda Kanryusai Takechi Hanpeita Ito Kashitaro
Berkenaan gameplay, Ishin mempunyai 4 gaya pertempuran aka “Killer Style”. Pertama, anda boleh membunuh musuh dengan katana maut menggunakan Swordsman style atau menembak dari juah dengan revolver menggunakan Gunman style. Seterusnya, anda boleh gunakan senapang dan pedang dengan Wild Dancer style. Jika tidak, korang boleh berdepan menggunakan Brawler style.




Bukan itu sahaja, RGG Studio juga masukkan Heat Action (sejenis finisher) yang menjadi sangat ikonik dalam game Yakuza. Untuk Ishin, kita boleh menyeru harimau untuk menyerang musuh, memaksa jeruk ke dalam mulut musuh, gunakan meriam untuk meletupkan musuh, dan lain-lain.

Untuk sesiapa yang ingin dapatkan Deluxe Edition, anda akan memperoleh:
- Shinsengumi Enjoyment Set
- Ryoma Growth Support Kit
- Sword Upgrade Materials Kit
- Gun Upgrade Materials Kit
- Third Division Armament Expansion Kit
- The Dragon of Dojima Skin
Bonus Pre-Order
Pre-order sekarang untuk akses eksklusif kepada tiga senjata terbaik pada zaman itu:
- Kijinmaru Kunishige, pedang gelap dengan pemegang putih
- Tsuyano Usukarenai, pedang yang berlumuran darah
- Black Ship Cannon, meriam yang diambil dari kapal Barat
- Kijinmaru Kunishige, a dark sword with a white hilt
- Tsuyano Usukurenai, a sword soaked in blood
- Black Ship Cannon, a cannon taken from Western ships
Like a Dragon: Ishin akan tersedia pada 21 Februari 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store serta jangan lupa untuk pre-order!
@gamersantaimy
Discussion about this post