Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Jumpa gadis-gadis, main arked & banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Jumpa gadis-gadis, main arked & banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mendedahkan maklumat baharu tentang Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name yang bakal dikeluarkan di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, Steam; di mana ini terdiri daripada aktiviti tambahan yang ditawarkan oleh game termasuk The Coliseum, berjumpa gadis kabaret, bermain arked, dan banyak lagi.

Berikut adalah info lengkap:

The Coliseum

Kredit: SEGA

Castle merupakan taman tema dewasa yang dibuka untuk VIP sahaja. Acara sorotan adalah Hell Arena yang merupakan siri pertarungan berterusan yang diadakan di Coliseum. Hell Arena dipenuhi dengan pelbagai jenis pertempuran, seperti pertempuran berpasukan dan pertempuran dengan peraturan khas.

Kawal rakan sekutu selain Kiryu dan takluk empat arena! Terdapat jenis mode pertempuran yang berbeza di Hell Arena. Anda boleh mengambil bahagian dalam kejohanan 1v1, Hell Rumble dan Team Rumble. Sekali-sekala, terdapat juga perlawanan acara khas.

Kredit: SEGA

Dalam Hell Team Rumble, amat penting untuk mengatur pasukan anda dan melatih mereka dengan secukupnya. Rakan sekutu yang lebih berdaya tahan harus diletakkan di barisan hadapan, manakala ahli sokongan dan rakan dengan senjata jarak jauh hendaklah diletakkan di belakang. Cuba buat strategi sendiri untuk memanfaatkan sifat individu setiap ahli.

Fighters’ Lounge

Kredit: SEGA

Di Fighters’ Lounge, anda boleh mencari rakan sekutu baharu atau berbincang dengan ahli pasukan sedia ada untuk membina hubungan yang lebih kukuh. Ia merupakan lokasi yang penting di mana anda juga boleh mengurangkan keletihan rakan sekutu, jadi pastikan anda melawat lounge.

Pemenang daripada Live Hostess Audition

Lima finalis dari Live Hostess Audition akan muncul sebagai model live-action di Cabaret Club. Habiskan malam dengan mengenali mereka. Sebaik sahaja membina hubungan dengan gadis-gadis ini dalam Like A Dragon Gaiden, anda boleh menjemput mereka keluar secara peribadi selepas itu. Anda mungkin dapat melihat perspektif yang lain tentang mereka.

Bina kereta terpantas di Pocket Circuit

CourStar – bar dan kafe di Sotenbori membolehkan anda menghubungkan badan dan bahagian kereta baharu untuk membina kenderaan terpantas dan menikmati Pocket Circuit secara maksimum! Lihat beberapa mode baharu seperti Time Attack, tempat anda berlumba untuk mendapatkan masa terpantas, dan Rival, yang membolehkan anda mencabar lawan di bandar.

Lagu Baru di Karaoke

Lagu “Sayonara Silent Night” telah ditambah ke karaoke! Anda juga boleh menyanyi duet dengan Akame, salah satu watak penting di dalam game.

Ubah penampilan Kiryu di Boutique

Boutique membolehkan anda menyesuaikan penampilan Kiryu. Pilih daripada sut bergaya, baju luar biasa dan pelbagai jenis pakaian lain—almari pakaiannya terpulang kepada anda! Cipta fesyen Kazuma Kiryu anda yang unik!

Hiburan Lain

Main SEGA Classics menggunakan Arcade dan Master System Fighting Vipers 2, SEGA RACING CLASSIC 2 dan beberapa game lain juga telah ditambahkan ke dalam arked! Anda juga boleh bermain Galaxy Force, Flicky dan banyak lagi di Master System!

Pelbagai ciri-ciri baharu ditambahkan pada permainan dart

Kredit: SEGA

Mesin dart telah dinaik taraf kepada Darts Live 3! Mod Count-Up Cricket dan dart baharu dan istimewa berbentuk seperti bunga mawar, garpu dan banyak lagi juga telah ditambah. Nantikan permainan dart baru ini!


Sebagai peringatan, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a Dragon Gaiden
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia umum laptop Swift Edge 16 & Siri Aspire S, harga bermula RM3999!

Next Post

Game Multiplayer ‘Eggy Party’ Rasmi Keluar di Malaysia, Boleh Main dalam Bahasa Melayu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game Multiplayer ‘Eggy Party’ Rasmi Keluar di Malaysia, Boleh Main dalam Bahasa Melayu!

Game Multiplayer 'Eggy Party' Rasmi Keluar di Malaysia, Boleh Main dalam Bahasa Melayu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd