Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Liga Predator Asia Pasifik 2024 bermula dengan kelayakan tempatan Malaysia! Menyeru player Dota 2 & Valorant!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Tempatan
0 0
0
Liga Predator Asia Pasifik 2024 bermula dengan kelayakan tempatan Malaysia! Menyeru player Dota 2 & Valorant!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia menjemput semua pasukan eSukan Dota 2 dan Valorant untuk mempamerkan kemahiran mereka di pentas Liga Predator Asia Pasifik 2024 yang kini kembali lagi dan bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik rantau ini untuk merebut Perisai Predator (Predator Shield) dan sebahagian daripada hadiah berjumlah USD400,000 dalam Pusingan Akhir (Grand Finals) di Manila, Filipina.

Kredit: Predator Gaming

Dengan hadiah tempatan keseluruhan berjumlah RM100,000, pendaftaran untuk Kelayakan Liga Predator 2024 Malaysia akan bermula pada 30 Ogos 2023 untuk kedua-dua Dota 2 dan Valorant melalui https://www.planet9.gg/. Tarikh akhir pendaftaran adalah 14 September 2023.

Perlawanan kelayakan tempatan akan diadakan dalam talian, manakala peringkat akhir tempatan akan memikat penonton dengan siaran secara langsung di Noizucon di Pusat Konvensyen KL dari 30 September 2023 hingga 1 Oktober 2023. Juara Kelayakan Liga Predator 2024 Malaysia akan menuju ke Manila, Filipina untuk bersaing dengan juara-juara lain dari rantau Asia Pasifik pada 13-14 Januari 2024.

Jadual 1: Pusingan Kelayakan Liga Predator 2024 Malaysia

Kredit: Predator Gaming
Kredit: Predator Gaming
Kredit: Predator Gaming

Sejak 2018, Liga Predator Asia Pasifik menjadi medan mengasah bakat-bakat eSukan di rantau ini. Setiap tahun acara ini menyaksikan ribuan pasukan mendaftar untuk meraih peluang merealisasikan impian mereka untuk bertanding di pentas antarabangsa Liga Predator yang dianjurkan oleh Acer. Sepanjang tahun tersebut, Acer terus menyediakan platform untuk membina dan menggalakkan industri eSukan melalui kejohanan tahunan ini. Usaha ini telah membantu meningkatkan kerjaya pelbagai pemain di musim-musim sebelum ini.

“Liga Predator ini melambangkan iltizam kami yang berterusan untuk membangun masyarakat gaming dan meningkatkan tahap permainan mereka di rantau APAC.

Kejohanan ini telah menyaksikan kejayaan yang semakin meningkat di pentas dunia dalam beberapa tahun ini dan kami teruja untuk membawa kejohanan ini ke Manila yang merupakan salah satu pangkalan peminat eSukan terbesar dan dinamik di dunia.

Kami tidak sabar untuk menyaksikan permainan hebat dari semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini,” kata Andrew Hou, Presiden Operasi Acer Pan Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Liga Predator Asia Pasifik 2024, sila layari Facebook Predator Malaysia @PredatorGamingMy atau laman web Liga Predator.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dota 2Liga Predator Asia Pasifik 2024VALORANT
ShareTweetSend
Previous Post

LEVEL UP KL Games Showcase Kini di Steam! Boleh Cari Game Buatan Tempatan di Sini!

Next Post

HONOR umum smartphone boleh lipat ‘HONOR Magic V2’ & dompet ‘HONOR V Purse’!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
HONOR umum smartphone boleh lipat ‘HONOR Magic V2’ & dompet ‘HONOR V Purse’!

HONOR umum smartphone boleh lipat 'HONOR Magic V2' & dompet 'HONOR V Purse'!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd