Level Up KL sedang menganjurkan SEA Game Awards untuk tahun ke-5 berturut-turut! Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf dan meraikan kreativiti, kesenian serta kecerdasan teknikal pembangun game terbaik dari industri permainan video di Asia Tenggara. Semua pembangun sama ada studio, pemaju atau pelajar yang mempunyai projek game berpotensi boleh menyertai anugerah ini. Malah, Level Up KL telah mengumumkan bahawa mereka telah memanjangkan tarikh akhir penghantaran projek anda sehingga 13 Ogos 2021.

Pengarah Kandungan Kreatif MDEC, iaitu Mohan Low menyatakan SEA Game Awards adalah acara untuk studio permainan indie, dan pemula kepada pembangun game di wilayah Asia Tenggara. Walaupun wilayah ini kecil, mereka adalah komuniti yang mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan dari segi cerita, kreativiti, dan kemahiran teknikal.
Tambah Mohan lagi, SEA Game Awards adalah acara landasan penting bagi pembangun game di rantau ini. Setiap tahun mereka menerima lebih daripada 100 penyerahan , dan tahun ini semestinya tidak berbeza. MDEC sangat gembira kerana dapat menerima penyerahan untuk pelbagai kategori dan mengharapkan yang terbaik dari semua peserta. Proses pemilihan juga akan menjadi lebih sukar kerana kualiti dan kreativiti di wilayah ini semakin meningkat dan menarik.

Studio dan pelajar pembangunan game di Asia Tenggara digalakan untuk menghantar penyertaan mereka supaya boleh menjadi salah satu pemenang dari 10 kategori dipertandingkan. Kategori merangkumi aspek seperti teknikal game, suara, visual hingga kegemaran juri dan penonton.
Antara anugerah yang dipertandingkan dalam SEA Game Awards ini adalah:
Grand Jury Award – Keseluruhan permainan terbaik dipilih sebulat suara oleh juri.
Rising Star Award – Permainan yang paling dinantikan untuk dikeluarkan oleh studio permainan baru.
Audience Choice Award – Permainan yang paling dinantikan untuk dikeluarkan oleh studio permainan baru.
Best Technology – Kecemerlangan keseluruhan teknologi dalam permainan – yang menggunakan teknologi canggih, berbilang pemain termasuk pengaturcaraan grafik, kecerdasan buatan dan rangkaian.
Best Visual Art – Kecemerlangan keseluruhan seni visual dalam permainan – termasuk arah seni, animasi, pemodelan, reka bentuk watak, penciptaan tekstur dan banyak lagi.
Best Game Design – Kecemerlangan keseluruhan reka bentuk dalam permainan termasuk mekanik permainan, kebolehmain, keseimbangan bermain dan reka bentuk tahap.
Best Innovation – Permainan tunggal yang menunjukkan inovasi sebenar, memajukan keadaan seni, dan mendorong batas permainan sebagai media ekspresif.
Best Storytelling – Permainan dengan penceritaan dan pengembangan naratif yang paling luar biasa termasuk pembinaan pot, senario dan dialog cerita.
Best Audio – Kecemerlangan audio dalam permainan yang merangkumi kesan bunyi, komposisi & skor muzik, lagu asli, runut bunyi berlesen, reka bentuk suara, orkestrasi dll.
Best Student Game – Permainan terbaik keseluruhan yang dikembangkan oleh pelajar dari rantau Asia Tenggara.

Para pemenang akan diumumkan semasa SEA Game Awards Ceremony sempena MY Digital Creativity Festival 2021 pada bulan September 2021 ini. Bagi mereka yang ingin mendaftar dan mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Level Up KL
@gamersantaimy
Discussion about this post