Di acara Level Up KL malam ini, SEA Game Awards 2021 secara rasmi telah mendedahkan Coffee Talk sebagai pemenang untuk Grand Jury Award beserta senarai penuh pemenang di kategori lain.

Buat lima tahun berturut-turut, SEA Game Awards diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan kreativiti, kesenian serta kecerdasan teknikal developer game terbaik dari industri permainan video di Asia Tenggara. Semua pembangun sama ada studio, pemaju atau pelajar yang mempunyai projek berpotensi boleh menyertai anugerah ini.
Malah, Level Up KL sanggup memanjangkan tarikh akhir penghantaran projek anda sehingga 13 Ogos 2021. Menampilkan pelbagai hos, penyampai dan penghibur termasuk ShuFaye Wong, Dini Schatzmann, Luqman Podolski, Daddy Hood, Jaa Suzuran, DOLLA, dan lain-lain, acara ini penuh dengan pengumuman menarik dan persembahan-persembahan gempak.
Berikut adalah senarai penuh pemenang SEA Game Awards 2021:
Grand Jury Award – Coffee Talk (Toge Productions dari Indonesia)
Rising Star Award – Exist.EXE (Skyfeather Games Studio dari Malaysia)
Audience Choice Award – Fallen Tear: The Ascension (CMD Studios dari Filipina)
Best Technology – Biwar: Legend of Dragon Slayer (Devata Games Production dari Indonesia)
Best Visual Art – When The Past Was Around (Mojiken Studio dari Indonesia)
Best Game Design – Rising Hell (Tahoe Games dari Indonesia)
Best Innovation – Airship Academy (Revolution Industry dari Thailand)
Best Storytelling – DeLight: The Journey Home (Dream Team Studio dari Malaysia)
Best Audio – Rising Hell (Tahoe Games dari Indonesia)
Best Student Game – Water Child (UOW Malaysia KDU University College)
Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada semua pemenang! Semoga seluruh dunia dapat melihat kehebatan Asia Tenggara dan mencuba game ciptaan kami pada masa terdekat.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Level Up KL.
@gamersantaimy
Discussion about this post