Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Level Up KL 22] Pengenalan Motion Capture bersama Kenn McDonald

safwan by safwan
October 7, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
[Level Up KL 22] Pengenalan Motion Capture bersama Kenn McDonald
Share on FacebookShare on Twitter

Level Up KL 2022 telah masuk hari terakhir di mana mereka banyak menyediakan perkongsian daripada pelbagai developer game dari seluruh dunia kepada developer Asia Tenggara terutama sekali Malaysia. Pagi tadi, telah berlangsungnya satu perkongsian yang menarik dari Senior Animation Manager, PlayStation Studio Malaysia iaitu Kenn McDonald dengan tajuknya “Introduction to Motion Capture in Games”.

Dalam perkongsian ini, dia banyak menyatakan sebab mereka memilih untuk menggunakan teknologi Motion Capture bukan kerana ia memudahkan proses menghasilkan game tetapi ia menjadikan animasi yang lebih realistik.

Sebelum berpindah ke PlayStation Studio Malaysia, dia telah mengumpul pengalaman selama 20 tahun dalam bidang Motion Capture. Dengan perkembangan Motion Capture bermula daripada Rotoscoping oleh Max Fleischer hingga ke tempoh sekarang yang kita boleh lihat dalam game The Last of Us dan Uncharted 4, ia telah bergerak dengan sangat pantas dan jauh.

Bercakap tentang rotoscoping, Prince of Percia adalah salah satu game yang menggunakan teknologi tersebut dan secara tidak langsung menjadikan perkara itu paling mengagumkan ketika itu. Selepas itu, Virtua Fighter mengikuti jejak langkah Prince of Persia dengan menggunakan lebih banyak animasi Motion Capture. Kemudiannya, Half-Life 2 menggunakan Facial Capture untuk menghasilkan watak yang lebih realistik.

Namun, ada juga yang bekerja dengan lebih keras. Contohnya seperti L.A Noire yang memfokuskan kepada wajah muka. Jadi, mereka melalukannya dengan membahagiakan gerakan dan Facial Capture kepada dua bahagian berasingan. Disebabkan perkara tersebut, produk akhir yang kita lihat sekarang terasa janggal dan tidak kena pada tempat yang sepatutnya.

Selain itu, The Last of Us menggunakan “traditional motion capture” di mana terdapat banyak kamera yang digunakan semata fokus kepada merakam wajah muka. Manakala Beyond Two Souls menggunakan teknologi Performance Capture untuk menangkap kedua-dua pergerakan dan ekspresi muka pelakon dengan lebih realistik dalam masa yang sama tidak janggal dengan pergerakan badan.

Dengan melihat hasil Performance Capture daripada Beyond Two Souls, PlayStation telah kembali ke teknologi ini untuk mencipta Uncharted 4. Teknologi Motion Capture yang kita gunakan sekarang sangat berbeza dengan teknologi rotoscoping. Walaupun begitu, proses untuk melakukannya masih menjadi salah satu cabaran untuk developer dan juga pelakonnya.

Peralatan yang diperlukan oleh pelakon dan proses menangkap pergerakan mereka juga agak rumit, dari suit, “calibration” hingga pemprosesan data, ia memerlukan banyak sumber.

Kenn McDonald berkata Motion Capture tidak menjadikan development game lebih murah, lebih pantas atau lebih mudah. Walau bagaimanapun, mereka memilih untuk menggunakan tangkapan gerakan kerana mereka berdua gemar membuat game action-adventure dan kerana ia menjadikan pergerakan watak lebih semula jadi.

PlayStation Studios Malaysia masih mencari lebih ramai orang untuk menyertai mereka untuk terus menyumbang kepada development game dan mencipta “masterpiece” AAA yang berkualiti. Kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja bersama PlayStation Studios Malaysia, anda boleh klik pautan ini untuk ke laman web rasmi mereka.

Jadi, bagaimana dengan pengenalan Motion Capture daripada Kenn McDonald? Seronok dan dapat belajar sesuatu? Jangan lupa kongsi untuk lebih ramai lagi mengetahui tentang perkara ini. Untuk membaca segala liputan kami tentang Level Up KL 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kenn McDonaldMotion CapturePlayStation Studios Malaysia
Previous Post

Dapatkan Game Dengan Potongan Harga Sehingga 90% Semasa SEGA Mega Mix Sale!

Next Post

Ini 5 game anime terbaik Free-to-Play untuk korang mainkan di mobile!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ini 5 game anime terbaik Free-to-Play untuk korang mainkan di mobile!

Ini 5 game anime terbaik Free-to-Play untuk korang mainkan di mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd