Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LEGO Brawls Review — Masuk ke Dunia Multiverse Lego Dan Berentap Untuk Menjadi Brawler Terbaik!

Maira by Maira
October 12, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
LEGO Brawls Review — Masuk ke Dunia Multiverse Lego Dan Berentap Untuk Menjadi Brawler Terbaik!
Share on FacebookShare on Twitter

LEGO kembali dengan game terbaru, tetapi kali ini merupakan sebuah game brawler. Memperkenalkan LEGO Brawls, sebuah game fast-paced yang kini tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S , Xbox One, dan PC melalui Steam. Ia lebih kurang macam Super Smash Bros tetapi dengan versi yang lebih ringan. Ingin tahu lebih lanjut, jom kita teruskan dengan review ringkas kami untuk LEGO Brawls.

Sistem customization yang penuh pilihan

Mulakan sahaja game, anda terus boleh pilih preset untuk watak anda dimainkan melalui segmen tutorial. Selepas itu, barulah anda boleh akses ciri customization untuk digunakan. Memandangkan watak pada asasnya ialah figura LEGO, anda boleh mengubah setiap bahagian badannya dengan apa sahaja yang ada. Agak fleksibel juga penyesuaian wataknya. Tetapi sudah tentu ada beberapa item yang tidak sesuai apabila anda cuba gabungkannya.

lego brawls

Selain daripada watak, anda juga boleh menyesuaikan loadout watak anda. Ini termasuklah senjata utama untuk menyerang musuh, power up yang hanya boleh dapatkan dengan memecahkan “shiny cube” dalam stage. Mount juga tersedia untuk merempuh musuh serta memberikan damage tinggi malah memberikan perlindungan pada anda. Tetapi sepanjang kami bermainnya, jetpack paling tidak berguna dalam pertarungan. Jadi, tidak payah susah-susah gunakannya. Seperti yang kami katakan di atas, customization game ini memang fleksibel dan anda sentiasa boleh memadankan watak dengan kerap.

Cuma satu sahaja perkara yang agak mengganggu kami. UI yang digunakan untuk sistem ini memanglah kemas, tetapi tidak banyak maklumat yang boleh bantu anda menavigasinya. Jadi memang agak pening semasa menggunakannya pertama kali.

Mod game yang tersedia

Hanya dua sahaja mode yang tersedia untuk dimainkan iaitu Brawl dan Party. Untuk mode Brawl, senang cerita ia seperti lobi di mana anda boleh bermain secara luar talian bersama bot. Melalui mode ini juga, anda boleh mendapatkan sedikit progression yang boleh digunakan untuk membuka item kosmetik lain dengan lebih cepat. Manakala untuk mode Party, ia merupakan mode multiplayer lokal yang menyokong sehingga empat orang pemain dan dalam talian yang terdiri daripada Versus dan Co-Op.

lego brawls

Bercerita tentang match dalam LEGO Brawls, terdapat Free-for-Brawl di mana ia seperti game arena fighter yang biasa dan juga Co-op di mana anda perlu mengambil alih point tertentu dalam peta bersama-sama skuad. Kedua-dua match memang seronok dimainkan tetapi “pacing” game dia agak laju. Anda tidak mempunyai kawalan penuh untuk pada jangka masa game itu boleh dimainkan. Setiap match sangat pantas sehingga kami sendiri boleh habiskan setiap peta dan mod yang tersedia kurang daripada sejam. Bukan setakat itu, agak susah juga untuk buat comeback apabila musuh sudah berjaya kawal satu point dalam match. Kalau pacing game ini diperlahankan sedikit, mungkin lebih mudah untuk pemain comeback dalam match tersebut.

Dalam mode co-op, boleh sahaja untuk anda mainkan Free-for-Brawl, tetapi sangat susah untuk bermainnya kerana tidak ramai yang mengundinya. Kami ada cuba untuk akses mode Versus tetapi tersekat pula di skrin watak. Kami hanya boleh kongsikan Invite Code sahaja. Kami agak suka pada sistem matchmaking game ini. Ia sangat pantas malah menyokong Cross-Play. Jadi lebih ramai pemain boleh berhubung untuk bermainnya.

Gameplay yang mudah

Combat dalam LEGO Brawls lebih mudah berbanding game brawler yang lain. Pergerakan yang boleh dilakukan hanyalah attack, dash attack dan ground slam. Kawalannya juga tidaklah sensitif seperti game fighting lain kerana sangat mudah untuk batalkan command atau lakukan pergerakan tertentu dengan lebih lancar. Pergerakan dash dalam game ini agak seronok kerana anda boleh menyerang musuh seperti bumper car. Malah anda juga boleh pergi ke sekeliling stage dengan lebih pantas dan mengelak serangan musuh dengan laju.

lego brawls

Dari segi mekanik, ia masih baik dan kemahiran watak lebih bergantung pada cara anda menggunakannya dengan betul serta mengetahui cara untuk menyerang musuh pada masa yang tepat. Sedikit tip daripada kami, gunakan sahaja dash attack kerana ia agak hebat.

lego brawls

Stage hadir dengan gimik tersendiri

Walaupun tidak mempunyai katalog stage yang banyak, tetapi variasinya agak menarik malah ia juga memaparkan beberapa siri ikonik seperti Ninjago, Monkie Kid, Jurassic Park dan banyak lagi. Setiap stage juga mempunyai gimik tersendiri serta power up khas yang hanya boleh didapatkan daripada stage tersebut. Antara stage yang kami suka ialah Jurassic Park, kerana stage tersebut akan menyeru dinosaur. Agak huru-hara juga jadinya selepas itu.

Terdapat juga stage akuatik di mana anda boleh mendapatkan Poseidon Trident dan mengambil alih Hydra gergasi yang boleh menembak water beam yang melenyapkan musuh dengan mudah. Gimik yang ditambahkan ini memang baik malah membuatkan stage lebih ikonik dan tidak rasa seperti sama sahaja setiap kali main.

Progres dan Tetapan

LEGO Brawls memberikan anda pilihan untuk memilih tema yang berdasarkan siri popular dalam dunia LEGO. Tidak kiralah anda menang atau kalah dalam perlawanan, anda akan memperoleh Studs. Ia digunakan untuk membuka item terutamanya item daripada tema yang anda pilih. Senang cerita, ia seperti Battle Pass tetapi dengan kelajuan yang lebih pantas. Selain itu, anda boleh membuka item kosmetik tambahan dan juga Brawler.

Walaupun begitu, jika anda ingin membuka lebih banyak Brawler, anda terpaksa menguasai gaya bermain untuk setiap satu Brawler yang anda telah buka. Barulah anda boleh mendapatkan power up serta membuka Brawler baru. Agak leceh juga dengan sistem progression sebegini.

Untuk tetapan game ini, tiada banyak sangat benda untuk disentuh. Kawalannya agak mudah tetapi anda tidak boleh untuk mengubah fungsi untuk setiap butang. Contohnya butang analog “UP” untuk lompat, yang membuatkan watak kami melompat secara tidak sengaja.

Selain itu, anda boleh melaraskan ciri Cross-Play untuk hanya memadankan anda dengan pemain daripada platform pilihan, memadam segala progression anda dalam game atau menyekat pemain lain yang membuat masalah dalam perlawanan.

Kesimpulan

Mungkin kami banyak komen tetapi ini tidak bermakna LEGO Brawls sebuah game yang teruk. Ianya baik-baik sahaja. Cuma ia agak kekurangan daripada segi kandungan, mekanik serta sistem progression game. Kawalan game tidaklah fleksibel tetapi faham juga sebab mungkin ramai kanak-kanak yang bermainnya. Apa pun ciri penyesuaian dalam game ini sangat baik dan anda boleh buat apa sahaja pada watak anda, asalkan ia sesuai. Kadang-kadang terasa seperti main LEGO sebenar pula.

Selain itu, game ini secara keseluruhannya berfungsi dan mempunyai servis yang baik. Kalau anda jenis tidak kisah dengan game brawler yang mudah serta lebih kasual, bolehlah main game ini. Ajaklah sekali kawan dan ahli keluarga untuk sertai bermain LEGO Brawls ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai LEGO daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

LEGO Brawls

6 Score

PROS

  • Customization yang bagus dan banyak item untuk dibuka
  • Setiap stage mempunyai gimik unik tersendiri

CONS

  • Mekanik simple dengan kawalan yang tidak bagus
  • Tetapan yang terhad untuk tingkatkan pengalaman bermain
  • Sistem Progression untuk buka Brawler

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: LEGO Brawlsreview
Previous Post

ASUS umum Vivobook 16X CPU AMD Ryzen 5000, harga adalah RM 2999!

Next Post

Game MMO “The Day Before” ditunda, MYTONA menjelaskan mengapa [gamescom Asia 2022]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Game MMO “The Day Before” ditunda, MYTONA menjelaskan mengapa [gamescom Asia 2022]

Game MMO "The Day Before" ditunda, MYTONA menjelaskan mengapa [gamescom Asia 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd