Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Legend of Mana HD Remaster akan dilancarkan dalam versi pakej untuk Nintendo Switch dan PS4 pada 24 Jun!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 11, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, Steam
0 0
0
Legend of Mana HD Remaster akan dilancarkan dalam versi pakej untuk Nintendo Switch dan PS4 pada 24 Jun!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengesahkan bahawa permainan klasik JRPG PlayStation, Legend of Mana HD Remaster akan dilancarkan dalam versi fizikal untuk Nintendo Switch dan PlayStation 4 bermula 24 Jun 2021. Versi fizikal ini akan diterbitkan oleh Square Enix dan diedarkan oleh Bandai Namco Entertainment Asia untuk Asia Tenggara.

Setiap pembelian versi fizikal Legend of Mana akan didatangkan dengan bonus seperti satu set pelekat yang diilhamkan dari buku panduan Legend of Mana. Bagi pembeli awal pula, mereka akan menerima dua kod muat turun untuk lagu dari Legend of Mana Remastered: The Soundtrack. Anda boleh lihat trailer promosi permainan ini dibawah:

Legend of Mana adalah ansuran keempat dari siri Mana yang pertama dikeluarkan semasa tahun 1999. Kini, permainan tersebut akan kembali sebagai edisi Remastered HD, bersama resolusi grafik yang tinggi, latar belakang dibuat semula dengan lebih menarik, serta UI yang telah dikemaskini.

Legend of Mana adalah permainan action RPG dimana pemain menjadi protagonis dan mengembara di dunia Fa’Diel. Tonggak utama keseluruhan siri ini adalah Mana, dimana cerita misterinya dikisahkan dengan sebuah buku bergambar bersama soundtrack aneh. Dengan menggunakan sistem Land Creation, anda akan meletakkan artifak di dalam peta untuk membina bandar, hutan dan pelbagai lagi. Manusia lain akan muncul, dan kisah pengembaraan pemain bergantung pada sistem Land Creation mereka.

Berikut adalah kandungan yang telah dikemaskini dalam Legend of Mana Remaster HD:

  • Grafik beresolusi tinggi – Gambar latar dan beberapa bahagian UI dihasilkan semula untuk sokongan HD penuh. Legend of Mana kini lebih cantik, dan dapat dinikmati dengan lebih jelas daripada sebelumnya.
  • Musik – Beberapa lagu tertentu mendapat susunan baru terutamanya untuk HD Remaster. Pemain boleh memilih sama ada mereka mahu mendengar lagu asal atau versi yang baru.
  • Mod galeri dan musik – Pemandangan ilustrasi dan seni dari siri asal pertama dan runut bunyi  dengarkan dari menu option.
  • Pemadaman pertembungan – Pertembungan dengan musuh boleh dipadam bagi memudahkan pemain untuk menjelajah dungeon.
  • Fungsi penyimpan: autosave dan boleh di save mana-mana sahaja – HD Remaster memiliki fungsi auto save serta menjimatkan masa permainan kecuali pada lokasi-lokasi tertentu.
  • The Ring-Ring Land – Minigame Ring Ring Land terdapat untuk semua versi bahasa. Pemain boleh mendapatkan rare item melalui mod ini berbanding permainan biasa.

Kandungan bonus

Pembelian awal versi fizikal – anda akan mendapat dua kod muat turun lagu dari Legend of Mana Remastered: The Soundtrack. Kod muat turun ini mesti ditebus sebelum 23 Jun 2022 dan hanya boleh digunakan sekali serta penjualan semula adalah dilarang. Pemilik kod juga memerlukan capaian internet untuk menebus kod ini. Kandungan bonus mungkin akan dijual berasingan dan item bonus mungkin tidak akan tersedia kerana kuantiti yang terhad.

Pembelian versi fizikal – anda akan mendapat satu set pelekat yang diilhamkan dari buku panduan untuk “Legend of Mana” yang asal akan dimasukkan dalam versi fizikal.

Pembelian awal versi digital – Bagi pembelian dari PlayStation Store untuk PS4, anda akan mendapat Theme asal dan set avatar. Manakala dari Steam pula boleh mendapat Wallpaper Legend of Mana. Pembeli boleh menyemak waktu mengikut daerah mereka untuk mendapatkan Early Purchase Bonus. Kandungan bonus akan dijual berasingan dan kesemua kandungan serta spesifikasinya akan berubah.

 

1 of 3
- +
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Legend of Mana HD RemasterPS4steamswitch
Previous Post

#CloserTogether bersama keluarga dan komuniti di Hari Raya bersama MPL Malaysia

Next Post

Burning Crusade Classic akan tiba di WoW bermula 1 Jun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Burning Crusade Classic akan tiba di WoW bermula 1 Jun ini!

Burning Crusade Classic akan tiba di WoW bermula 1 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd