Semalam kita dapat berita bahawa Left 4 Dead 2 (L4D2) akan mempunyai game versi mobile. Bagi kebanyakan gamer, ini merupakan berita yang sangat menggembirakan kerana majoriti orang meluangkan masa yang banyak bermain game ini di kafe siber bersama teman-teman. Tapi hati-hati dan jangan tertipu (seperti yang saya kena semalam). Berita pembikinan Left 4 Dead 2 Mobile sebenarnya adalah palsu dan dihasilkan oleh studio berbentuk “scammer”.

Kisahnya begini: L4D2 diperakui secara rasmi untuk versi mobile di Australia pada 2 September, yang dihasilkan oleh “CB & AKG Games”. Menurut “info awal”, ramai sangka studio ini adalah AKG Games (merupakan penerbit untuk game Blizzard Entertainment di Indonesia dan Filipina) tetapi ternyata ini adalah versi “CB & AKG Games” yang palsu.

Seperti saya kata tadi di atas, Left 4 Dead 2 -yang asalnya dikeluarkan pada 2009- sangat popular di kalangan gamer pada zaman itu, jadi apabila mendengar berita tentang versi mobile, pasti ramai yang teruja. Jika korang mencari nama “Left 4 Dead 2 Mobile” di Google Play Store atau App Store, terdapat banyak versi L4D2 Mobile untuk download. Mungkin ada yang tergoda untuk cuba, lagi-lagi selepas melihat ia ditawarkan secara percuma.
Satu sahaja pesanan saya, JANGAN DOWNLOAD!
Studio scammer ini sebenarnya mengambil peluang untuk mengedarkan aplikasi palsu Left 4 Dead 2 Mobile bagi mengambil kesempatan ke atas gamer yang tidak tahu. Untuk membuktikan ia palsu, Gabe Follower (pemberi maklumat terkenal) menunjukkan gameplay bagi game mobile tersebut:
Daripada video, kita dapat melihat level yang diilhamkan oleh L4D2, tetapi tanpa tekstur dengan watak Coach yang animasinya sangat kaku (hanya mampu buat T-pose sahaja). Interaksi di dalam game sangat terhad, di mana pemain hanya boleh menggerakkan kamera untuk melihat pemandangan sekeliling.
Selepas beberapa minit, sebuah menu akan keluar yang menjemput pemain untuk membeli aplikasi versi berbayar (kandungan di dalam lebih lengkap dan menarik). Ini adalah perangkap untuk mendapatkan duit daripada gamer yang tidak sedar.

Selain L4D2 Mobile, CB&AKG Games juga pernah menghasilkan Monster Hunter Mobile, House Party Mobile dan Patrol Officers Mobile. Jadi, jika anda menjumpai mana-mana game palsu, jangan teragak-agak untuk melaporkan aplikasi tersebut supaya orang ramai tidak tertipu oleh helah mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post