Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Left 4 Dead 2 mempunyai lebih ramai pemain daripada Back 4 Blood!

Maira by Maira
November 2, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Left 4 Dead 2 mempunyai lebih ramai pemain daripada Back 4 Blood!
Share on FacebookShare on Twitter

Turtle Rock membangunkan Left 4 Dead (L4D) pada tahun 2008 yang mencipta format co-op 4 pemain moden. Permainan seperti Warhammer: Vermintide, Rainbow Six Extraction yang akan datang dan Redfall mungkin tidak wujud tanpa inovasi Turtle Rock yang terdahulu. Memandangkan populariti genre itu, tidak hairanlah Turtle Rock muncul kembali ke gelanggannya dengan Back 4 Blood pada bulan Oktober.

Walaupun begitu, Back 4 Blood yang dilihat seperti pengganti kepada permainan yang lalu sukar untuk mengatasi permainan tersebut. Left 4 Dead 2 yang telah dilancarkan 12 tahun yang lepas masih lagi popular di Steam berbanding Back 4 Blood yang baru dikeluarkan. Malah, permainan itu seperti membangkitkan semula minat pemain terhadap permainan 2009 itu.

Melalui SteamDB, kita dapat melihat jumlah pemain yang bermain di Steam. Ia juga membolehkan pengguna membandingkan jumlah pemain multiplayer di platform itu. Ternyata ada beberapa perkara menarik yang dapat dilihat apabila membandingkan Back 4 Blood dan L4D2. Jumlah pemain Back 4 Blood memuncak pada 14 Oktober dengan kira-kira 25 ribu pemain mengatasi Left 4 Dead yang asal. Walupun begitu, nombor itu menurun tetapi Left 4 Dead 2 pula yang mempunyai ramai pemain. Semasa artikel ini ditulis, L4D2 mempunyai kira-kira 15 ribu pemain aktif, manakala Back 4 Blood mempunyai 11 ribu pemain.

Selalunya apabila permainan baru yang dikeluarkan pasti ramai yang akan berhijrah untuk bermain permainan baru itu tetapi malangnya tidak. Walaupun Left 4 Dead 2 tidak mempunyai jumlah pemain yang ramai pada akhir bulan September, ia masih menunjukkan mempunyai trend menaik manakala Back 4 Blood pula kelihatan seperti kehilangan pemain. Walaupun begitu itu hanya jumlah pemain di Steam, permainan itu juga boleh dimainkan pada konsol seperti PS dan Xbox. Mungkin juga pemain Left 4 Dead 2 lebih ramai kerana ia boleh dimainkan di Mac dan Linux. Ia juga mungkin kerana diskaun sempena Halloween di Steam.

RelatedPosts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

Keadaan ini mungkin mengecewakan bagi Turtle Rock yang berpisah daripada Valve pada tahun 2010. Syarikat itu dikenali sebagai Valve South semasa pelepasan permainan pertama. Valve telah mendapatkan hak untuk Left 4 Dead dan membangunkan Left 4 Dead 2 secara dalaman. Back 4 Blood mempunyai peluang untuk mengubah keadaan tetapi ia masih tidak menguntungkan pada bulan pertama. Anda boleh membaca liputan lain mengenai permainan melalui pautan ini.

Sumber: Gamerant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Back 4 Bloodleft 4 dead 2steamTurtle Rock
Previous Post

Nvidia RTX 3080 TI 12GB dan 3070 TI 16GB Akan Datang Pada Januari 2022

Next Post

Pra-daftar game lokal Postknight 2 sekarang di Android & iOS!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Next Post
Pra-daftar game lokal Postknight 2 sekarang di Android & iOS!

Pra-daftar game lokal Postknight 2 sekarang di Android & iOS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd