Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih 350 creator dari 15 Negara di AFA CSF Singapore 2023 – tiket dijual sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Game, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Lebih 350 creator dari 15 Negara di AFA CSF Singapore 2023 – tiket dijual sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum pelancaran AFA Creators Super Fest Singapore 2023 (AFA CSF) di Singapore Expo pada 22 dan 23 Julai 2023, pihak penganjur telah berkongsi barisan aktiviti yang dikemas kini untuk acara. Dengan ruang pameran seluas 7,000 meter persegi, lebih 350 creator (pencipta kandungan) dari 15 negara dan 38 pemain cosplayer terkenal akan berkumpul di hab Cosplay terbesar di Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, para hadirin juga boleh menikmati lebih 20 persembahan tempatan dan antarabangsa di Super Akiba Stage dan memperoleh ilmu daripada panel pendidikan dan bengkel di 16 segmen Creators Lab.

#afacsf The excitement never stops at Singapore's latest and most comprehensive Creators event, #afacsf23!

🎟️ Grab tix now (fees apply): https://t.co/DUkGjmzAAk

📅 22-23 July
📍 Singapore Expo Hall 5
🌐 https://t.co/ZFpTOOZnWc pic.twitter.com/ebVUDVlvrq

— Anime Festival Asia (AFA) (@animefestasia) June 24, 2023

Apa itu AFA Creators Super Fest Singapore 2023?

Diinspirasikan oleh Creator Hub, AFA CSF menghimpunkan pelbagai artis dan creator dari seluruh dunia dengan barisan aktiviti yang komprehensif. Pencinta seni dari semua peringkat umur boleh melihat pelbagai karya seni dan merchandise, melihat artis kegemaran sedang beraksi, berkawan dengan rakan-rakan lain dan juga membawa pulang karya seni yang unik.

Para hadirin boleh belajar daripada pakar industri, mengikuti aliran terkini dalam bidang kreatif, mengambil bahagian dalam pertandingan yang menarik dan berhubung dengan peminat yang berfikiran sama daripada komuniti anime, game dan cosplay.

Kredit: AFA CSF

Shawn Chin, Pengasas SOZO dan penganjur AFA CSF Singapore 2023 berkata:

“AFA CSF ialah festival berfokuskan komuniti di mana creator yang mantap berkumpul untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman mereka dan memberi inspirasi kepada creator baru. Pasukan ini bekerja keras untuk menambah sentuhan akhir pada festival ini, dan sokongan daripada masyarakat yang mengambil bahagian telah melebihi jangkaan kami. Kami bersemangat untuk menyatukan persembahan yang mantap untuk edisi pertama di Singapura dan mengalu-alukan semua orang dari rantau ini untuk menyertai kami dalam dunia yang membangkitkan semangat”.

Bagi sesiapa yang berminat, tiket bermula daripada harga SGD 19 tidak termasuk yuran tempahan (harga anggaran RM65.78) dan boleh dibeli secara dalam talian, dengan pilihan pakej tiket hujung minggu.

Super Akiba Stage

Kredit: AFA CSF

Para hadirin boleh melihat rancangan bual bicara, persembahan, pameran dan banyak lagi oleh ilustrator dan penghibur terbesar daripada industri, di atas pentas.

Tetamu termasuk

  • Cosplayer: Knite, Miho, Xiaoyukiko, Yingtze & Prestonles
  • Illustrator:  LAM, Luis Esteves, Krenz
  • Performer: Ladybeard, Mindaryn, Eric Ng and his students, Lyla Ng 
  • Tetamu jemputan: Masaharu Yamanouchi, Ritsuo Mitsui

Program dan barisan tetamu penuh tersedia di SINI.

Creators Lab

Kredit: AFA CSF

Dapatkan peluang untuk belajar terus daripada bakat terkemuka di rantau ini melalui siri bengkel dan demonstrasi langsung. Daripada seni digital kepada kraf cosplay dan petua untuk meneruskan kerjaya sebagai vtuber, Creators Lab bertujuan untuk memperkasakan pencipta kandungan yang bercita-cita tinggi.

Sorotan bengkel termasuk:

  • Kraf: Selami dunia Kit Model Plastik dengan panel pakar sambil mereka berkongsi pengalaman mereka, mempamerkan binaan terbaharu dan memberikan petua berharga untuk meningkatkan kemahiran membina.
  • Cosplay: Belajar fotografi asas untuk cosplay dengan telefon pintar dan pelajari cara menyerlahkan foto cosplay. Petua cosplay lain termasuk asas penggayaan rambut palsu, solekan dan cosplay lelaki yang semakin popular.
  • Ilustrasi: Belajar asas seni, belajar mengukir figura dalam 3D dan meneroka pembinaan dunia artistik.
  • Kreatif: Belajar cara-cara asas menjadi Artis Konvensyen, Streamer dan Vtubing, dan lihat demonstrasi langsung Jurnal Kawaii. Veteran industri termasuk Luis Esteves dan Carillus dan Cazz dari Merryweather Media berkongsi pengalaman dan petua mereka tentang mengukir kerjaya dalam industri kreatif.

Pemegang Tiket AFA CSF SG 2023 boleh mendaftar untuk bengkel percuma ini melalui pautan ini: https://www.eventbrite.com/e/creators-lab-workshops-and-panels-afa-creators-super-fest-2023-tickets-635256397987 

Creators Hub

Kredit: AFA CSF

Beratus-ratus artis akan mempamerkan karya seni, barangan dan pakaian yang unik di Creators Hub. Soroton creator termasuk:

  • Sherms: artis sepenuh masa yang berpangkalan di Singapura, dengan semangat untuk mencipta barangan unik dengan ilustrasinya
  • Demonicas: artis bebas yang kebanyakannya melukis fanart, seni asli dan animasi pendek
  • Kumpulan ilustrasi Daiyaku 
  • Peach88: seorang ilustrator dan artis komik Malaysia

Cosplay Hub

Kredit: AFA CSF

Cari dan beli barangan eksklusif daripada 38 cosplayer terkemuka di rantau ini di Cosplay Hub, termasuk cosplayer terkenal dari Malaysia dan Singapura. Cosplayer tetamu termasuk Knite (Australia), Miho (Filipina), XiaoYukiko (Singapura) dan Yingtze & Prestonles (Malaysia).

Selain itu, institusi pendidikan, studio dan syarikat anime, game dan mainan akan mempamerkan karya dan barangan mereka di AFA CSF.


Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh dapatkan tiket di sini: https://ticketmaster.sg/activity/detail/23_afacsf2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di animefestival.asia/csf2023. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraAFA Creators Super Fest Singapore 2023AFA CSF Singapore 2023expopameran
ShareTweetSend
Previous Post

Berkawan dengan raksasa dalam Dragon Quest Monsters: The Dark Prince! Info gameplay & edisi khas

Next Post

Game Black Panther Baharu Dibangunkan oleh Cliffhanger Games, Studio Baharu oleh EA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game Black Panther Baharu Dibangunkan oleh Cliffhanger Games, Studio Baharu oleh EA!

Game Black Panther Baharu Dibangunkan oleh Cliffhanger Games, Studio Baharu oleh EA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd