Permainan Riot Games kini boleh dimainkan melalui Epic Games Store. Antara permainan Riot yang tersedia ialah League of Legends (LoL), Valorant, Teamfight Tactics dan Legends of Runeterra. Kesemua permainan yang tersedia adalah percuma untuk dimainkan sama seperti di Riot. Jika anda ingin mendapatkan permainan ini, anda akan install Riot Client, iaitu pelancar terbaru oleh Riot yang menggambungkan kesemua permainan Riot pada satu pelancar.

Ini bukan kali pertama Epic menawarkan cara untuk mendapatkan pelancar syarikat lain seperti pelancar Itch.io yang juga boleh dimuat turun melalui Epic Games Store sejak April. Kesediaan Epic untuk memasukkan aplikasi dengan pelancar lain adalah sejajar dengan sokongan lama CEO Tim Sweeney untuk model pengedaran aplikasi yang lebih terbuka.
Dengan penambahan tajuk-tajuk permainan popular dari Riot Games seperti League of Legends dan Valorant di Epic Games Store, ia sudah pasti akan menambah pengguna kepada permainan tersebut melalui platform Epic itu. Untuk sesiapa yang tidak tahu, francais League sangatlah besar kerana ia mempunyai lebih daripada 180 juta pemain dalam permainan tersebut pada bulan lepas.
Walaupun begitu, jumlah pemain tersebut juga menambah bilangan pemain yang bermain pada permainan LoL mobile iaitu League of Legends: Wild Rift menurut PC Gamer. Ia masih jumlah pemain yang agak besar dan kini Riot ingin membuatkan lebih ramai pemain untuk mengalami permainan mereka.
Epic dan Riot juga telah bekerjasama dengan menyediakan skin Fortnite untuk watak League of Legends iaitu Jinx, yang juga tersedia di kedai item permainan. Skin Fortnite ini dan permainan Riot di Epic Games Store tiba lebih awal daripada siri animasinya, Arcane. Siri Arcane akan ditayangkan di Netflix pada 6 November ini! Anda boleh dapatkan liputan lain mengenai Arcane di sini.

Apa pendapat korang tentang kerjasama Riot dan Epic ini? Senanglah lepas ni untuk kita akses semua permainan Riot dengan satu pelancar sahaja. Untuk liputan lain mengenai permainan, korang boleh klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post