Pengarah kreatif Sony Santa Monica, Cory Barlog, telah meluahkan di Twitter dan merayu kepada komuniti gamer untuk mula melayan developer game secara lebih sopan dan hormat selepas pasukan God of War Ragnarok menerima gangguan secara seksual oleh peminat yang ingin tahu tarikh pelepasan rasmi.
Kisahnya bermula begini:
God of War Ragnarok adalah salah satu game yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2022 tetapi malangnya, tidak banyak maklumat yang didedahkan sejak tayangan trailer pada September 2021. Perkara ini menyebabkan beberapa peminat menjadi agak “gila” dan kecelaruan.
Memandangkan God of War Ragnarok tidak ada dalam acara PlayStation State of Play terbaru, ramai “insider” atau orang pakar industri membuat spekulasi bahawa Sony akan mengumumkan tarikh keluaran God of War Ragnarok pada 30 Jun. Malangnya, ini pun tidak berlaku.
Disebabkan oleh itu, beberapa ahli pasukan God of War Ragnarok dilaporkan telah diganggu secara seksual dan dimaki oleh peminat secara dalam talian.
Seorang developer wanita menulis tweet bahawa beberapa orang telah menghantar gambar eksplisit yang tidak senonoh dan meminta tarikh keluaran rasmi untuk game. Cory Barlog nampak tweet ini dan membalas:
Beliau meminta supaya tiada seorang pun menghantar gambar eksplisit kepada sesiapa sahaja dalam pasukan GoW ataupun dalam industri, dan bertambah bahawa “mereka [pasukan pembangunan] sedang berusaha membuat sesuatu untuk anda nikmati. Tunjukkan sikit rasa hormat.”
Isu ini kemudian beralih ke arah lain apabila seseorang mencadangkan kepada peminat yang marah untuk “menghalakan kekecewaan itu kepada para pembocor dan media” kerana memberi maklumat palsu dan harapan. Respon Barlog adalah seperti berikut:
Jawapannya bukan untuk mencari seseorang untuk dipersalahkan atau menumpukan kebencian. Mungkin… layan orang yang cipta perkara kita suka dengan sedikit rasa kesopanan dan hormat.
God of War Ragnarok akan dikeluarkan secara eksklusif di PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada hujung tahun ini. Memandangkan kita masih ada baki beberapa bulan sahaja pada tahun ini, Sony mungkin akan mula memasarkan game ini tidak lama lagi. Yang penting, peminat harus bersabar.

Untuk segala liputan kami tentang God of War Ragnarok, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post