MSI berjaya mencuri perhatian di COMPUTEX 2025 yang berlangsung di Taipei Nangang Exhibition Center, apabila mereka memperkenalkan barisan produk terbaharu yang menampilkan gabungan reka bentuk artistik, teknologi terkini serta kerjasama kreatif. Berikut adalah antara sorotan utama:
Prestige 13 AI+ Ukiyo-e Edition

Salah satu tarikan utama ialah Prestige 13 AI+ Edisi Ukiyo-e, hasil kolaborasi dengan OKADAYA – syarikat seni lacquerware dari Jepun yang berusia lebih 400 tahun. Laptop ini menampilkan ilustrasi ikonik The Great Wave off Kanagawa oleh Katsushika Hokusai, serta merupakan penerima 2025 COMPUTEX Best Choice Award.

Ia menggabungkan seni klasik Ukiyo-e dengan teknologi AI canggih. Reka bentuknya yang penuh warna dan perincian halus mencerminkan dedikasi MSI dalam menghasilkan peranti berprestasi tinggi yang juga memikat dari segi estetik.

Meneruskan kejayaan ini, MSI turut mengumumkan koleksi terbaru Artisan Collection yang bakal dipertontonkan di COMPUTEX.
Kolaborasi Mercedes-AMG Motorsport

MSI meneruskan kolaborasi mewahnya bersama Mercedes-AMG Motorsport dengan pelancaran dua model laptop baharu — Stealth A16 AI+ Mercedes-AMG Motorsport dan Prestige 16 AI+ Mercedes-AMG Motorsport. Kedua-duanya menampilkan logo eksklusif dan rekaan bercorak AMG.
Stealth A16 AI+ hadir dengan pilihan pemproses Intel dan AMD, digandingkan bersama GPU NVIDIA GeForce RTX 50 Series serta paparan berkualiti tinggi. Sementara itu, Prestige 16 AI+ menggunakan CPU Intel dan menampilkan skrin OLED 4K.

Kedua-dua model turut disertakan dengan aksesori eksklusif seperti beg laptop, tetikus dan pad tetikus — semuanya direka selari dengan nilai kemewahan dan prestasi tinggi yang dikongsi bersama.
Claw A8 dan Claw 8 AI+ Polar Tempest Edition

MSI turut memperkukuh kehadirannya dalam pasaran handheld gaming dengan memperkenalkan Claw A8 dan Claw 8 AI+ Edisi Polar Tempest.

Claw 8 AI+, yang turut menerima 2025 COMPUTEX Best Choice Award, hadir dengan pemproses Intel Core Ultra 7 258V serta storan SSD NVMe 2TB, dan dibalut dengan rekaan putih yang elegan bersama salutan UV berkilau.

Claw A8 pula dilengkapi pemproses AMD Ryzen Z2 Extreme dan memori LPDDR5-800, serta paparan sesentuh 8″ FHD+ 120Hz yang menawarkan pengalaman gaming lebih imersif. Kedua-duanya tampil dengan pelbagai pilihan warna untuk memberikan lebih kebebasan dalam penyesuaian peranti kepada pengguna.
Era Baharu RTX 50
MSI membuka lembaran baharu dalam dunia grafik dan AI dengan memperkenalkan GPU NVIDIA GeForce RTX 50 Series dalam barisan laptop utamanya, termasuk siri Crosshair dan Cyborg.
Demonstrasi secara langsung menggunakan Robot AI MSI memperlihatkan kelebihan siri RTX 50 berbanding siri RTX 40 pada model Raider A18 HX, dengan peningkatan ketara dari segi prestasi dan keupayaan AI.
Visi Masa Depan

MSI turut memberi pratonton awal kepada barisan laptop Business & Productivity generasi baharu yang menampilkan rekaan ultra nipis (serendah 13.9mm), tersedia dalam bentuk dua-dalam-satu Flip serta model biasa.
Dilengkapi paparan OLED premium, sokongan stylus generasi terkini dan hayat bateri tahan lama, konsep ini dibina untuk menyokong teknologi masa depan termasuk pemproses Intel Panther Lake. Reka bentuk ini mencerminkan visi MSI: Fluid Beyond Boundaries, Infinite Possibilities.
Kecemerlangan Pemenang Anugerah
Kecemerlangan MSI turut diiktiraf di 2025 Best Choice Awards. Titan 18 HX Dragon Edition Norse Myth memenangi pingat Gold dalam kategori Gaming & Entertainment, manakala Claw 8 AI+ dan Prestige 13 AI+ Edisi Ukiyo-e turut menerima pengiktirafan dalam kategori Computer & System.
Untuk maklumat lanjut tentang MSI di COMPUTEX 2025, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post