Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Laptop ASUS Zenbook 14X OLED (2023) kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM4999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 23, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
Laptop ASUS Zenbook 14X OLED (2023) kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM4999!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Zenbook 14X OLED (UX3404), model paling handal dalam siri Zenbook Classic bagi laptop premium nipis dan ringan, kini tersedia untuk beli di Malaysia! Menawarkan lebih banyak prestasi dan ciri-ciri canggih berbanding model sebelum, ia dijual pada harga bermula RM4999.

Untuk kerja multitasking yang lancar, Zenbook 14X OLED dikuasakan oleh pemproses 13th Gen Intel Core H-series dan 32 GB RAM, dengan sistem penyejukan ASUS IceCool untuk memaksimumkan prestasi. Laptop ini turut menampilkan kad grafik diskret NVIDIA GeForce RTX 3050 untuk urusan gaming dan kerja yang cekap.

Aspek Visual juga telah ditambah baik, dengan paparan OLED HDR 14.5 inci 16:10 2.8K 120 Hz yang lebih besar untuk menggantikan model 14 inci generasi sebelum. Ciri-ciri lain termasuk pengesahan Pantone, liputan gamut DCI-P3 gred pawagam, pengesahan DisplayHDR True Black 600 dan penjagaan mata yang diperakui SGS dan TÜV Rheinland. Paparan ini juga tersedia dalam pilihan ‘touchscreen’ jika anda berminat.

Untuk memastikan produktiviti maksimum semasa dalam perjalanan, laptop dilengkapi bateri 70 Wh yang tahan lama dengan teknologi ‘fast-charge’ dan sokongan USB-C® Easy Charge, untuk pengecasan fleksibel.

Casis padat dan elegan berukuran hanya 16.9 mm nipis dan 1.5 kg ringan, dan boleh didapati dalam dua warna yang canggih, Inkwell Grey dan Sandstone Beige. Warna terakhir ini menampilkan kemasan seperti seramik serba baharu, dicipta menggunakan proses salutan Plasma Ceramization yang mesra alam.

Saiz peranti berukuran hanya 16.9 mm dan 1.5 kg, serta boleh didapati dalam dua: Inkwell Grey dan Sandstone Beige.

Harga dan Ketersediaan

ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) (13th Gen Intel Core i7-13700H) kini tersedia untuk beli pada harga RM5,999. Anda boleh layari laman web rasmi di SINI.

Varian lain akan tiba pada awal April bulan April seperti berikut:

  • ASUS Zenbook 14X OLED (Intel Core i5-13500H) berharga RM4,999.
  • ASUS Zenbook 14X OLED (Intel Core i9-13900H) berharga RM6,999.
Spesifikasi ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404)
CPU Intel® Core™ i9-13900H
Intel® Core™ i7-13700H
Intel® Core™ i5-13500H
Display 14.5” 16:10 2.8K (2880 x 1800) 120 Hz OLED touchscreen, four-sided NanoEdge design with 89% screen-to-body ratio, up to 550-nit peak brightness, 100% DCI-P3 color gamut, DisplayHDR™ 500 True Black certification

14.5” 16:10 2.8K (2880 x 1800) 120 Hz OLED non-touch screen, four-sided NanoEdge design with 89% screen-to-body ratio, up to 600-nit peak brightness, 100% DCI-P3 color gamut, DisplayHDR™ 600 True Black certification
Operating system Windows 11 Home
Graphics NVIDIA® GeForce® RTX 3050
Intel® Iris® Xᵉ Graphics
Main memory 32 GB LPDDR5 4800 MHz RAM
Storage Up to 1 TB PCIe® Gen 4 SSD
Connectivity WiFi 6E (802.11ax)
Up to Bluetooth® 5.2
Camera FHD IR 3DNR camera
I/O ports 2 x Thunderbolt™ 4 USB-C®
1 x USB 3.2
1 x HDMI® 2.1 (TMDS)
1 x Audio jack
TouchpadASUS ErgoSense Keyboard
NumberPad 2.0 (Optional) 
Audio Built-in speakers
Smart amplifier technology
Built-in microphone
Harman Kardon certified
Cortana and Alexa voice-recognition support
Battery 70 Wh
AC adapter 90 W / 100 W
Adapter Adapter Output: 5V~20V, 90 W / 100 W
Adapter Input: 100~240 V AC, 50 / 60 Hz universal   
Dimensions 321.8 x 225.6 x 16.9 mm
Weight 1.5 kg
MSRPCore i5-13500H + 512GB (Inkwell Gray): RM4999
Core i5-13700H + 1TB (Sandstone Beige / Inkwell Gray): RM5999
Core i5-13900H + 1TB + GeForce RTX 3050 (Inkwell Gray): RM6999

Selain itu, ASUS Malaysia juga mengadakan acara awam pada 10 Mac, di mana anda semua boleh datang dan mencuba ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) dan Zenbook 14 Flip OLED yang juga akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Info lanjut tentang acara di bawah:

  • Tarikh: 10 Mac 2023, Jumaat
  • Tempat: Starbucks Reserve, Tropicana Gardens Mall
  • Masa: 3pm hingga 9pm

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk ASUS, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asus MalaysiaASUS Zenbook 14X OLEDLaptopTeknologi
Previous Post

Game of the Year 2022, Elden Ring kini terjual lebih daripada 20 juta unit di serata dunia

Next Post

Townsmen VR kini tersedia di PlayStation VR2! Jom bina bandar gunakan VR!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Townsmen VR kini tersedia di PlayStation VR2! Jom bina bandar gunakan VR!

Townsmen VR kini tersedia di PlayStation VR2! Jom bina bandar gunakan VR!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd