Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Laporan pertama untuk ujian beta Final Fantasy 7: The First Soldier didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Laporan pertama untuk ujian beta Final Fantasy 7: The First Soldier didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mendedahkan laporan pertama dari peserta untuk ujian beta tertutup Final Fantasy 7: The First Soldier. Hasil dari laporan ini dapat dilihat secara umum di halaman Facebook rasmi permainan, dan nampaknya ramai yang berpuas hati dan memberi komen positif.

Sebanyak 61% pemain “sangat berpuas hati” dengan permainan, dan 57% menikmatinya lebih dari yang diharapkan. Sudah tentu, jumlah ini sangat banyak. Selain itu, sistem kawalan menerima respon yang agak bercampur, di mana anggaran separuh daripada pemain perlu membiasakan dengan kawalan permainan dan bukannya bermain secara intuitif. Square Enix mengakui isu ini dan menyatakan bahawa mereka akan berusaha untuk memperbaiki kawalan supaya lebih mudah difahami.

Untuk penambahbaikan yang paling diinginkan, dua pilihan yang paling banyak diundi adalah pergerakan/kawalan watak dan pengendalian senjata. Sebagai tindak balas, Square Enix menyatakan bahawa mereka akan mengoptimumkan kawalan dan menambahkan keserasian controller dan mod latihan.

Laporan umum untuk ujian beta Final Fantasy 7: The First Soldier juga merangkumi respon bagi grafik dan reka bentuk arena. Pemain suka persekitaran sekeliling dan mengaku ia dihasilkan dengan bagus. Seterusnya, walaupun ada beberapa pemain yang tidak mahir dalam judul battle royale, mereka menikmati pengalaman permainan ini. Selain itu, pemain memberikan maklum balas tentang perbezaan setiap pekerjaan. Lebih 60% pemain menyatakan mereka dapat merasa perbezaan yang besar ketika memilih pekerjaan yang berbeza.

Statistik untuk data permainan juga disediakan, dan walaupun tidak ada topik penting untuk disenaraikan, anda dapat melihat kelas dan sihir yang paling banyak digunakan serta serta lokasi yang paling banyaknya berlaku pertarungan.

Sebagai penutup, Square Enix menjaminkan kepada pembaca yang mereka akan mengambil setiap maklum balas dengan serius dan akan memberikan yang terbaik untuk menghebatkan lagi pengalaman judul battle royale mobile ini.

Untuk segala liputan kami tentang Final Fantasy 7: The First Soldier, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Final Fantasy 7: The First Soldier
Publisher: Square Enix
Release Date TBC
Android, iOS
Final Fantasy 7: The First Soldier merupakan game battle royale untuk peranti mudah alih yang berlangsung 30 tahun sebelum peristiwa Final Fantasy 7.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Androidbattle royaleFinal Fantasy 7: The First SoldieriOSMobilesquare enix
Previous Post

Sedia untuk beraksi! Punishing: Gray Raven akan dilepaskan di Android & iOS 16 Julai ini!

Next Post

Edisi Collector’s AMONG US nampaknya dah diumumkan untuk konsol harga bermula RM126!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Edisi Collector’s AMONG US nampaknya dah diumumkan untuk konsol harga bermula RM126!

Edisi Collector's AMONG US nampaknya dah diumumkan untuk konsol harga bermula RM126!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd