Untuk meraikan sejarah Capcom dan kerjasama mereka bersama SNK, ‘Capcom Fighting Collection 2‘ telah didedahkan secara rasmi dengan tarikh pelancaran pada 2025! Game ini akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PlayStation4, dan PC (Steam).
Merupakan koleksi lapan game ikonik daripada zaman 2000-an, Capcom Fighting Collection 2 membawa semua game klasik tersebut ke platform moden buat kali pertama. Koleksi ini termasuk:
- Capcom vs. SNK: Millennium Fight 2000 Pro
- Capcom vs. SNK 2: Mark of the Millennium 2001
- Capcom Fighting Evolution
- Street Fighter Alpha 3 UPPER
- Project Justice
- Power Stone
- Power Stone 2
- Plasma Sword: Nightmare of Bilstein

Semua game di atas menyokong ‘online battle’ dan ‘co-op play,’ serta menampilkan rollback netcode untuk pengalaman online yang kukuh dan stabil. Selain itu, pelbagai jenis mode juga disertakan untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Ini merangkumi: ‘Casual Match’ untuk pertarungan santai, ‘Ranked Match’ di mana kedudukan berubah berdasarkan mata yang diperoleh daripada menang dan kalah, ‘Custom Match’ di mana anda boleh membuat lobi untuk bertarung/menonton orang lain, dan ‘High Score Challenge’ untuk pertandingan solo yang sengit.

Dikemas dengan pelbagai ciri baharu, fokus diberi kepada kepuasan dan keselesaan pemain. Sekarang, anda boleh customzie susun atur butang secara bebas. Malah, pergerakan khas juga boleh dilakukan dengan satu butang sahaja!

Pada masa yang sama, ‘Gallery’ mode ditambah untuk peminat tegar yang ingin melihat apa berlaku di sebalik tabir. Mode ini menampilkan seni konsep dan ilustrasi watak daripada game yang disenaraikan, yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post