Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lapan GAME FLASH klasik yang pasti kamu main semasa kecil!

Mana satu yang pernah kamu main?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 22, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia
0 0
0
Lapan GAME FLASH klasik yang pasti kamu main semasa kecil!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada masa dahulu -sebelum era smartphone– beberapa developer telah menggunakan platform Flash Player sebagai asas untuk membangunkan game mereka. Malangnya pada tahun 2020, Adobe secara rasmi akan menghentikan aplikasi Flash Player. Hampir semua web browser utama akan berhenti menyokong extension ini pada masa depan.

Itu bermakna kita tidak tidak boleh bermain lagi game Flash klasik di masa akan datang. Untuk menghargai game Flash yang pernah menghiasi masa lapang anda, saya telah buat senarai LAPAN GAME FLASH KLASIK yang anda pasti pernah main sebelum era smartphone.

Hangaroo

Game ini sememangnya diilhamkan oleh permainan Hangman, di mana anda perlu meneka frasa perkataan dengan memilih huruf yang betul. Jikaa tekaan anda salah, maka watak dalam game, seekor kanggaru akan menghampiri hukuman gantungnya. Game ini sangat popular kerana ia dianggap mudah kerana mekaniks yang simple tetapi sukar kerana menguji tahap pemahaman bahasa Inggeris anda.

Missionaries and Cannibals

Game Flash biasanya menggunakan elemen teka-teki kerana memerlukan mekanisme yang tidak terlalu kompleks atau senang. Unsur ini diaplikasikan kepada salah satu game puzzle terkenal dalam era game flash. Secara asasnya, game ini hanyalah teka-teki logik di mana anda perlu memindahkan 3 mubaligh dan 3 kanibal dari satu sisi ke sisi lain menggunakan bot yang hanya boleh diisi oleh 2 orang. Kemampuan logik anda akan diuji kerana jika salah, mubaligh tersebut akan dimakan oleh kanibal.

Watch Out Behind You Hunter

Genre horror-survival kini sangat luas dan merupakan antara elemen penting dalam era game Flash yang boleh menaikkan adrenalin anda. Di Watch Out Behind You Hunter, anda adalah seorang pemburu di hutan, dan harus mempertahankan diri dari serangan orang asli bogel yang ingin “menyerang” anda dari belakang. Selain daripada melarikan diri, anda juga boleh melawan mereka dengan bantuan senjata untuk melindungi diri dari terkena serangan hendap mereka.

Desktop Destroyer

Daripada semua game flash dalam senarai ini, Desktop Destroyer mungkin adalah yang paling tua. Dicipta pada tahun 1999, Desktop Destroyer atau nama lainnya, Stress Reducer/Stress Relief adalah live wallpaper interaktif di mana anda boleh merosakkan desktop komputer anda dengan pelbagai alat berguna. Jika hari anda malang, masa inilah kita main Desktop Destroyer.

Pikachu Volleyball

Walaupun mempunyai nama Pikachu, game ini tidak dibangunkan oleh Nintendo atau Pokemon Company. Pada masa lalu, permainan ini menjadi antara game flash paling terkenal dan ramai yang bermain bola tampar Pikachu ini. Ia tidak mempunyai apa-apa mekaniks yang sukar dan kawalannya juga mudah. Di sini, anda akan menjadi Pikachu yang melawan Pikachu lain dalam permainan bola tampa 1v1 di mana anda boleh bermain melawan AI atau rakan anda menggunakan keyboard.

Cat vs Dog

Lama sebelum Angry Bird muncul, pertarungan antara kucing dan anjing ini mungkin adalah antara yang paling epik. Game ini boleh dimainkan secara sendiri menentang AI atau bersama kawan dengan salah satu daripada kamu menjadi kucing atau anjing. Matlamat utama game ini ialah untuk mengurang HP musuh hingga 0 dengan membuang pelbagai barang sambil menyesuaikan diri kepada kuasa baling dan kekuatan angin.

Scary Maze Game

Game flash yang ber-genre seram sangat-sangat jarang tetapi itu tidak bermaksud ia tiada. Anugerah jumpscare paling seram dalam era game flash harus diberi kepada Scary Maze Game. Game ini terdiri daripada 3 peringkat maze di mana anda perlu mengarahkan penunjuk mouse ke garisan penamat tanpa menyentuh dinding maze. Apabila anda sampai ke garisan penamat pada peringkat ke-3, sebuah kejutan menantikan anda. Rakan-rakan yang pernah bermain game ini pasti tidak akan lupa pengalaman pertama di-jumpscare.

QWOP

Dalam senarai ini, QWOP adalah game flash yang paling terkini dan moden. Satu info menarik ialah ini adalah game pertama oleh developer Gettin Over It with Bennett Foddy. Dalam QWOP, anda menjadi seorang atlet sukan yang kaki dan pahanya anda akan kawal dengan kekunci keyboard Q, W, O, dan P. Game ini menjadi popular dengan pantas, termasuk di Malaysia kerana mekanisme gerakan yang sukar dan pergerakan watak yang tidak masuk akal.

Itulah LAPAN LAPAN GAME FLASH KLASIK yang menjadi ikon di Malaysia pada masa lalu. Beberapa game masih boleh dicari di Google dan boleh terus bermain di web browser seperti QWOP. Ini adalah masa yang terbaik untuk mengenang permainan-permainan di atas, dengan penamat era flash yang semakin menghampiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AdobeFlashFlash GameklasikPC
Previous Post

Jangan lupa untuk saksikan THE SIX INVITATIONAL 2020 bermula 7 Februari ini!

Next Post

Asyik kalah main Marvel Super War? Usha tips simple yang mungkin boleh bantu korang ni!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Asyik kalah main Marvel Super War? Usha tips simple yang mungkin boleh bantu korang ni!

Asyik kalah main Marvel Super War? Usha tips simple yang mungkin boleh bantu korang ni!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd