Episod pertama siri anime Chainsaw Man telah ditayangkan malam tadi. Penerimaan anime tersebut bukan biasa-biasa, siap masuk “trending” di media sosial. Ramai juga yang menyukai persembahan yang ditayangkan dalam episod tersebut. Tetapi ada sesuatu yang menarik ditayangkan dalam episod itu. Ianya ada “parodi” daripada beberapa filem ikonik pada lagu pembukaannya yang bertajuk “KICK BACK” oleh Kenshi Yonezu.
Kalau anda ingin tahu, pencipta Chainsaw Man, Fujimoto Tatsuki merupakan seseorang yang suka menonton filem. Beberapa filem dan siri yang disukainya telah diadaptasi dengan watak-watak siri dalam lagu pembukaan anime tersebut. Memang satu usaha yang hebat dilakukan oleh Shingo Yamashita. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat segala filem dan adegan yang anda boleh anda jumpai dalam lagu anime tersebut.
Reservoir Dogs (1992)

No Country for Old Men (2007)

The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Pulp Fiction (1994)

Sadako vs. Kayako (2016)

Once Upon a Time in Hollywood (2019)

Attack of the Killer Tomatoes (1978)

Don’t Look Up (1996)

Jacob’s Ladder (1990)

Constantine (2005)

The Big Lebowski (1998)

Thor: Love and Thunder (2022)

Fight Club (1999)

Karya lain Fujimoto Tatsuki

Banyak lagi benda lain yang anda akan perasan dalam lagu anime Chainsaw Man. Tetapi ini antara yang paling mudah disedari oleh penonton. Memang banyak betul filem yang dirujuk untuk pembikinan lagu sahaja. Apa pun kita tunggu pula episod pertama ditayangkan nanti di Ani-One Asia. Memandangkan platform itu sahaja yang tersedia buat masa ini. Untuk segala liputan mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post