Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kunjungi Gundam sebenar bermula 19 Disember 2020 di Gundam Factory Yokohama! Siap boleh gerak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Kunjungi Gundam sebenar bermula 19 Disember 2020 di Gundam Factory Yokohama! Siap boleh gerak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat Sunrise akhirnya telah mengumumkan tarikh pembukaan perdana bagi orang ramai untuk mengunjungi robot Gundam RX-78 berukuran 60 kaki oleh Gundam Factory Yokohama di laman rasmi mereka. Awalnya ia dijadualkan untuk keluar pada Oktober 2020, tetapi tayangan perdananya ditunda dan acara pra-pembukaan pula dibatalkan kerana wabak coronavirus. Gundam ini akan dibuka untuk masa yang terhad, bermula 19 Disember 2020 hingga 31 Mac 2022.

Tiket akan mula dijual pada 2 Oktober 2020. Mereka yang berumur 13 tahun ke atas perlu membeli tiket dewasa pada harga 1,650 yen, manakala kanak-kanak di bawah umur 7 hingga 12 tahun boleh membeli tiket pada harga 1,100 yen. Pemegang tiket dibenarkan memasuki bangunan Gundam Lab untuk belajar tentang teknologi robot, membeli barangan yang berkaitan dengan Gundam di kedai The Gundam Base, atau bersantai di Gundam Café. Pengunjung awal juga akan dihadiahkan model RX-78F00 Gundam Gunpla secara percuma.

Tarikan utama di sini adalah Gundam-Dock Tower, di mana terletaknya sebuah Gundam sebenar seukuran 60 kaki. Setiap pengunjung perlu membeli tiket lain pada harga 3,300 yen untuk melihat Gundam secara dekat. Pelawat dewasa boleh membawa sehingga 3 kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah secara percuma. Gundam ini akan menunjukkan persembahan pergerakan setiap setengah jam daripada jam 10:30 hingga 20:30 dan mempunyai persembahan yang berbeza berdasarkan musim dan waktu dalam sehari. Sebagai contoh, ia akan menunjukkan Saber pada waktu malam.

Namun, kerana pandemi coronavirus masih belum reda, langkah-langkah ketat untuk mencegah penyebaran jkangkitan akan diterapkan. Pengunjung digalakkan untuk berlatih menjauhkan diri, mencuci tangan dengan kerap, dan memakai topeng muka dan sarung tangan. Mereka yang mempunyai suhu lebih dari 37.5 ℃ atau menunjukkan simptom akan ditolak. Garis panduan tersebut secara khusus tidak menggalakkan pengunjung dari negara dan wilayah lain yang dilarang masuk atau pesakit di bawah kuarantin 14 hari.

Gundam Factory Yokohama akan dibuka kepada warga umum bermula 19 Disember 2020 hingga 31 Mac 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGundam Factory YokohamaGundam RX-78patung
Previous Post

Pre-register Dragon Quest Tact bermula dan pelancaran di iOS & Android awal 2021!

Next Post

Call of Duty: Modern Warfare Season Six menambah sistem Subway perjalanan pantas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Call of Duty: Modern Warfare Season Six menambah sistem Subway perjalanan pantas!

Call of Duty: Modern Warfare Season Six menambah sistem Subway perjalanan pantas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd