Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Dedahkan Gameplay! Bakal Lancar pada 2024!

Maira by Maira
March 7, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Dedahkan Gameplay! Bakal Lancar pada 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan pada tahun lalu, Kunitsu-Gami: Path of the Goddess akhirnya mendedahkan gameplay baharu semasa livestream Xbox pada hari ini. Game genealogy baharu Okami dan Shinsekai: Into the Depths ini akan dilancarkan di PS5, Xbox Series, Xbox Game Pass dan PC melalui Steam pada tahun 2024.

Cerita

Kisah bermula apabila Gunung Kafuku dikotori oleh kejahatan dan 12 topeng malah kuasa istimewa mereka juga telah dicuri. Protagonis, Soh mesti bekerjasama dengan Yoshiro, gadis dengan kuasa divine untuk membersihkan kampung daripada kekotoran ini.

Topeng yang dipakai Soh dan penduduk kampung (villager) mempunyai kuasa divine berbeza dan inilah menjadi kunci dalam melindungi Yoshiro. Sambil anda membersihkan kampung, anda akan mengutip lebih banyak topeng dan bekerjasama dengan pelbagai villager dengan topeng masing-masing untuk kembalikan keindahan Gunung Kafuku.

Sumber: Capcom

Sistem game

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess menggabungkan aksi “Dancing sword” dengan elemen strategi di mana villager akan sertai anda untuk membersihkan setiap kampung. Terdapat dua kitaran iaitu pagi dan malam yang akan menjadi penting dalam memastikan kejayaan Soh.

Semasa waktu pagi, anda akan meneroka kampung, membersihkan kekotoran dan menyelamatkan villager, jadi mereka boleh ikuti anda dalam pertempuran. Dengan membaiki peralatan, anda akan mendapat kelebihan apabila The Seethe menyerang pada waktu malam.

Sumber: Capcom

Anda sendiri yang akan menentukan villager mana yang anda ingin bawa untuk bertempur. Setiap topeng yang dipakai memberikan kuasa yang berbeza. Antaranya ada yang bagus untuk serangan jarak dekat dan ada yang boleh menyembuh. Anda perlu rancang di mana anda ingin tempatkan villager sebelum bermulanya pertempuran. Sebagai contoh, kalau ada penyerang melee hebat, anda boleh letakkan mereka di barisan hadapan, manakala serangan jarak jauh pada bahagian belakang.

Sumber: Capcom

Setiap kampung menampilkan pintu gerbang Torii dan kejayaan ditentukan sama ada Yoshiro berjaya melalui pintu tersebut sebelum dia dikalahkan oleh The Seethe. Tetapi berhati-hati! Setiap pintu gerbang Torii bersambung dengan alam semesta yang jahat, menyediakan pintu masuk ke The Seethe. Bimbing Yoshiro ke pintu gerbang Torii untuk membersihkan kekotoran dan menyelamatkan kampung.

Sumber: Capcom

Seperti yang kami nyatakan, Kunitsu-Gami: Path of the Goddess mempunyai peredaran masa, jadi anda perlu gunakan masa anda dengan baik. Apabila malam tiba, di sinilah anda akan hadapi pertempuran hebat. Lindungi Maiden daripada ancaman The Seethe dengan menggunakan serangan pedang Soh. Setiap villager juga boleh diberikan peranan berbeza dan ditempatkan di seluruh kampung pada bila-bila masa pada waktu malam.

Sumber: Capcom

The Seethe mempunyai pelbagai rupa dan bentuk berbeza dengan serangan dan kebolehan tersendiri. Setiap raksasa ini diinspirasikan oleh yokai.

Sumber: Capcom

Lebih banyak maklumat akan dikongsikan semasa livestream Capcom akan datang! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomKunitsu-Gami: Path of the Goddess
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 3 Reload Bakal Bawa Epilog “Episode Aigis: The Answer” Dengan Expansion Pass!

Next Post

Shin Megami Tensei V: Vengeance — Kenali Watak & Kandungan Baharu

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Shin Megami Tensei V: Vengeance — Kenali Watak & Kandungan Baharu

Shin Megami Tensei V: Vengeance -- Kenali Watak & Kandungan Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd