Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Krew Straw Hat jumpa Vivi – trailer One Piece Odyssey dedah Alabasta!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 7, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game, Game Baru, Genre, Konsol, Open World, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Krew Straw Hat jumpa Vivi – trailer One Piece Odyssey dedah Alabasta!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah mengeluarkan trailer baru untuk game One Piece Odyssey dimana kita dapat menyaksikan krew Straw Hat dibawa ke dunia yang dibuat berdasarkan memori mereka, iaitu Alabasta. Ia merupakan lokasi utama yang dipaparkan dalam francais tersebut. One Piece Odyssey akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC pada 13 Januari 2023.

Mengikut manga dan anime asal One Piece, Alabasta merupakan tumpuan utama pertama krew Straw Hat selepas meninggalkan East Blue dan melintasi Grand Line. Luffy dan krewnya telah menjelajah ke sana atas arahan Nefertari Vivi untuk membantunya mengalahkan lanun jahat yang sedang memerintah negara itu.

Di sinilah Luffy berlawan dengan Crocodile, salah seorang daripada Seven Warlords of the Sea dan ketua kumpulan Baroque Works, dengan bantuan orang kanannya Nico Robin, yang kemudiannya menyertai krew Straw Hat selepas Luffy berjaya membebaskan Alabasta daripada pemerintahan Crocodile.

Trailer One Piece Odyssey telah menunjukkan Alabasta yang aman selepas bebas daripada pemerintahan Crocodile. Tetapi nampaknya suasana di sana tidak pulih sepenuhnya kerana konflik terus melanda ketika krew Straw Hat kembali ke negara itu. Kita dapat lihat Vivi sedang memimpin rakyatnya selepas kekalahan Crocodile.

Bersama dengan Puteri Vivi yang kembali, di dalam trailer itu juga mendedahkan bekas krew Straw Hat iaitu Going Merry. Going Merry memainkan peranan penting dalam awal pengembaraan Luffy dan rakan-rakannya merentasi East Blue dan Grand Line sebelum digantikan oleh Thousand Sunny.

Bandai Namco pernah memberi petunjuk ketika game ini diumumkan bahawa krew Straw Hat tidak akan terperangkap hanya di pulau Waford yang penuh misteri. Setelah disahkan, ini pasti akan membuka mulut untuk para pemain membuat spekulasi tentang tempat lain yang boleh mereka pergi di dunia One Piece Odyssey.

Korang boleh tengok trailer tersebut di bawah:

One Piece Odyssey akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S pada 12 Januari 2023 dan PC melalui Steam.

Jika korang inginkan banyak lagi berita tentang One Piece, boleh tekan pautan ini. Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai berita tentang game, anime dan banyak lagi.

One Piece Odyssey
Microsoft Windows, Steam
One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gameone pieceOne Piece Odyssey
Previous Post

MHA: Quirk Pemilik Ke-2 One For All didedahkan! AFO kena hentam habis-habisan! [SPOILER]

Next Post

Dapatkan Game Dengan Potongan Harga Sehingga 90% Semasa SEGA Mega Mix Sale!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dapatkan Game Dengan Potongan Harga Sehingga 90% Semasa SEGA Mega Mix Sale!

Dapatkan Game Dengan Potongan Harga Sehingga 90% Semasa SEGA Mega Mix Sale!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd