Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kratos, Aloy & Ratchet menjadi bintang Liga Juara-Juara UEFA dalam iklan baru PlayStation

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Kratos, Aloy & Ratchet menjadi bintang Liga Juara-Juara UEFA dalam iklan baru PlayStation
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation adalah salah satu penaja terbesar untuk Liga Juara-Juara UEFA dan sentiasa mempamerkan iklan semasa perlawanan dan di sekitar penonton. Walau bagaimanapun, PlayStation kini mengeluarkan iklan baru, dan ini pastinya kolaborasi paling menarik pernah saya lihat kerana melibatkan Kratos, Aloy dan Ratchet sebagai bintang terbaru dalam Liga Juara-Juara UEFA.

Anda boleh tonton iklan tersebut di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=vPA9xEFQxZA

Seperti yang dimuat naik oleh PlayStation Asia, kini terdapat empat iklan berbeza yang dipaparkan. Iklan pertama menampilkan Kratos dan Atreus berjalan keluar ke atas padang bersama-sama sambil mengetuai pasukan. Walaupun adegan mereka agak pendek, harus diperhatikan bahawa Kratos dan Atreus menggunakan model dari God of War: Ragnarok di mana Atreus kelihatan lebih tua.

Iklan seterusnya menunjukkan Aloy berdiri bersama pengurus di luar padang sambil memerhatikan apa yang berlaku. Kemudian, Aloy menggunakan abiliti “Focus” dan kepakaran taktikalnya untuk menggantikan pemain bagi membawa pasukan ke arah kemenangan. Seperti Kratos dan Atreus, Aloy nampaknya menggunakan model dari Forbidden West untuk iklan UEFA ini.

Video menjadi kelakar apabila Ratchet & Clank muncul daripada portal untuk membawa pemain yang cedera menggunakan pengusung manakala iklan terakhir menunjukkan Nathan Drake dari Uncharted sedang berusaha memanjat stadium untuk menonton perlawanan dengan lebih jelas.

Iklan ini akan muncul semasa siaran musim terbaru Liga Juara-Juara UEFA dan dicipta untuk meraikan minat dalam bola sepak dan permainan video di seluruh dunia. Baru-baru ini, PlayStation dan Liga Juara-Juara UEFA juga memperbaharui kontrak perkongsian mereka dari 2021 hingga 2024, untuk meneruskan hubungan jangka panjang mereka yang bermula pada tahun 1997. Perjanjian itu juga termasuk hak penajaan untuk Piala Super UEFA, UEFA Youth League dan UEFA Futsal Champions League.

Untuk maklumat lanjut lanjut tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aloyKratosLiga Juara-Juara UEFAplaystationRatchet
Previous Post

Dunia Morbius mungkit berkait dengan tiga Spider-Man yang lain!

Next Post

Marvel’s Avengers menyingkirkan item “Pay-to-Win” dari Marketplace!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Marvel’s Avengers menyingkirkan item “Pay-to-Win” dari Marketplace!

Marvel's Avengers menyingkirkan item "Pay-to-Win" dari Marketplace!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd