Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kos produksi Demon Slayer S2 mahal berlipat kali ganda daripada S1!

Maira by Maira
February 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kos produksi Demon Slayer S2 mahal berlipat kali ganda daripada S1!
Share on FacebookShare on Twitter

Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba antara siri yang mendapat sambutan hebat peminat anime pada tahun 2020 dan 2021. Sejak pelepasan siri anime ini, ia telah mencapai tahap populariti yang baru pada tahun berikutnya. Dengan musim kedua Demon Slayer semakin hampir pada pengakhirannya, pernahkah anda terfikir berapa kos produksi untuk menghasilkan satu episod untuk siri ini?

Sudah tentu faktor yang paling penting dalam kejayaan francais ini adalah animasinya yang mantap dan hebat! Ianya sungguh luar biasa dan mengagumkan dan ramai penonton yang sangat kagum apabila melihat aksi dalam anime itu. Tahukah anda, bahawa animasi yang cantik itu sebenarnya berharga sekitar 9 -10 juta yen (anggaran RM 400 ribu) untuk setiap episod.

Demon Slayer

Mesti anda juga terkejut dengan jumlah yang banyak itu. Pelbagai benda yang anda boleh buat dengan jumlah wang tersebut. Jadi bayangkan musim kedua Demon Slayer menelan kos sekitar RM 4 juta untuk kesemua 11 episod. Ia sememangnya berlipat kali ganda daripada siri anime lain yang ditayangkan pada musim yang sama.

Selain itu, filem Demon Slayer: Mugen Train mempunyai bajet sebanyak RM 66 juta. Memang padan dengan kualiti animasi 2Dnya. Walau bagaimanapun, filem itu ternyata langkah yang baik dilakukan oleh studio Ufotable kerana ia memperoleh keuntungan lumayan. Keuntungan tersebut dikatakan mencapai jumlah RM 2105 juta di seluruh dunia. Hampir 30 kali ganda daripada bajet penghasilan awal filem itu.

Kini, timbul pula persoalan bagaimana satu episod untuk siri itu boleh menelan belanja sebanyak itu? Sebenarnya terdapat banyak faktor yang terlibat dalam pembikinan satu episod. Semua orang yang terlibat dalam siri ini juga mendapat bayaran atas kerja keras mereka. Ini termasuk juruanimasi, pengarah dan juga pelakon suara.

Tetapi dengan bajet produksi yang mahala itu, ia bukanlah membazie kerana ia membawa lebih banyak keuntungan pada francais tersebut. Munurut laporan, pada tahun 2020 sahaja, francais Demon Slayer menjana keuntungan sebanyak 1 trillion Yen yang menjadikannya salah satu francais media dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

Demon Slayer

Angka yang bukan biasa-biasa dan itu hanya dalam satu tahun sahaja. Mungkin sebab itu banyak syarikat Jepun tidak segan untuk mengeluarkan wang yang besar dalam projek seperti ini. Apa pula pendapat anda? Untuk mendapatkan kualiti animasi yang hebat begitu, memang berbaloikah dengan wang yang besar itu?

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: AnimeGalaxy

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon SlayerKimetsu No Yaibaproduksi
Previous Post

Gameplay baru Ghostwire: Tokyo dipamerkan, kerja membunuh Yokai

Next Post

Dragon Ball: Watak yang paling banyak makan kacang Senzu

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dragon Ball: Watak yang paling banyak makan kacang Senzu

Dragon Ball: Watak yang paling banyak makan kacang Senzu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd