Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Konsol NFT” pertama diumumkan, dikecam kerana tiru logo Gamecube

safwan by safwan
July 5, 2022
in Artikel, Berita, Konsol
0 0
0
“Konsol NFT” pertama diumumkan, dikecam kerana tiru logo Gamecube
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Polium telah mengumumkan konsol NFT pertama iaitu Polium One yang akan dikeluarkan pada hujung tahun 2024. Sejak ia diumumkan, ramai orang telah mengkritik logo untuk konsol NFT ini yang nampak seakan sama dengan logo Nintendo GameCube.

Menurut Polium, konsol ini cukup berkuasa untuk memainkan game high-performance. Konsol ini akan memperkenalkan pengalaman gaming berdasarkan Web 3 dan masih mudah untuk dimainkan oleh pemain yang tidak mengetahui Web 3.

Untuk mendapatkan Polium One, anda perlu membeli “Polium Pass” yang merupakan NFT pada rangkaian Ethereum pada suku ketiga 2024. Buat masa sekarang, mereka akan mencetak 10,000 Polium Pass. Namun, mereka tidak memberitahu secara terperinci berkenaan berapa banyak “Polium Pass” diperlukan untuk mendapatkan konsol tersebut.

Idea untuk melibatkan pemain dalam jualan NFT membuatkan mereka menerima kritikan yang banyak tetapi isu sebenar yang membuatkan ramai kritik adalah reka bentuk konsol dan bukannya cara mendapatkan Polium One. Jika kita lihat pada reka bentuknya yang seperti kotak kecil dan nampak sangat mudah. Manakala controller yang didatangkan pada konsol ini juga nampak seperti yang ada pada konsol generasi terkini.

https://twitter.com/shambrookben/status/1543773251939487744?s=20&t=Q9pQV4e14KUfbi7Ek4qHaw

Yang menimbulkan kemarahan adalah reka bentuk logo Polium One dan ramai yang menggelarnya sebagai tiru logo GameCube. Terdapat beberapa pengguna media sosial yang menunjukkan persamaan antara kedua-dua logo tersebut. Namun, syarikat itu cuba menolak dengan menunjukkan logo GameCube mempunyai huruf “G” manakala Polium One mempunyai huruf “P” pada logonya.

Namun, penjelasannya masih tidak cukup untuk membuat orang ramai tidak mengatakannya lagi. Syarikat itu menyambung tweet dengan memberikan senarai syarikat yang menggunakan logo serupa dan tiada niat untuk meniru logo Gamecube.

https://twitter.com/Garcian_Smith/status/1543916843747971072?s=20&t=dK1OFGJGoo2k8eeYOYy3oA

Memandangkan ramai pemain yang menolak NFT untuk ditambah dalam game, ia tidak mengejutkan untuk mendapatkan kritikan seperti ini. Penentangan terhadap NFT yang digunakan untuk game telah menyebabkan beberapa syarikat tidak akan berurusan dengan NFT.

Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan sebarang game yang akan fokus kepada game NFT sahaja atau memasukkan game yang sedia ada. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan Polium One, sila klik di sini.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan logo konsol NFT yang digelar tiru daripada GameCube? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: NFTPolium One
Previous Post

Sword Art Online: Alicization Lycoris akan tiba di Switch pada hujung 2022

Next Post

Projek remaster GTA 4 & Red Dead Redemption tidak jadi, GTA Trilogy jadi punca

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Projek remaster GTA 4 & Red Dead Redemption tidak jadi, GTA Trilogy jadi punca

Projek remaster GTA 4 & Red Dead Redemption tidak jadi, GTA Trilogy jadi punca

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd