Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami mengumumkan GetsuFumaDen: Undying Moon di PC Steam pada tahun ini, versi Nintendo Switch akan keluar pada 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2021 - Updated on April 16, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Steam
0 0
0
Konami mengumumkan GetsuFumaDen: Undying Moon di PC Steam pada tahun ini, versi Nintendo Switch akan keluar pada 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan bahawa game baru, GetsuFumaDen: Undying Moon, akan hadir ke Steam secara Early Access bermula 14 Mei 2021. Ia juga akan tiba di Nintendo Switch pada tahun 2022.

Dikembangkan oleh studio indie GuruGuru, bersama Konami Digital Entertainment, GetsuFumaDen menampilkan aksi roguevania 2D dengan dunia fantasi gelap, yang dihidupkan melalui corak seni tradisional Jepun. Pemain akan mengalami dunia gaya Ukiyo-e yang mengerikan di “neraka” sambil menguasai senjata dan peralatan yang dapat disesuaikan mengikut pelbagai jenis playstyle.

GetsuFumaDen menampilkan pertempuran yang sangat strategik berdasarkan aspek jarak dan “timing” untuk seni mempertahankan diri Jepun. Pertarungan bos yang menakutkan dan reka bentuk level yang selalu berubah akan mencabar pemain sambil menguatkan mereka dengan setiap percubaan. Berikut adalah rumusan permainan:

Setelah damai selama 1,000 tahun, meterai pintu gerbang neraka telah dibuka dan segerombolan roh-roh jahat telah melepaskan diri ke dunia sebenar. Ketika berada di ambang kehancuran, Getsu Fuma harus memimpin klannya dan memasuki lubang neraka untuk melenyapkan  kejahatan.

Producer permainan, Shin Murato, kata:

“Memiliki tempoh Akses Awal memberi kita peluang besar untuk membangunkan komuniti untuk GetsuFumaDen dan memastikan permainan sehebat mungkin. Sepanjang tempoh ini, kami ingin memanfaatkan maklum balas pengguna dan memupuk perbincangan yang aktif untuk meningkatkan kualiti permainan. Kami akan bekerjasama dengan komuniti untuk membantu menghidupkan permainan ini melalui tinjauan kandungan, pembetulan masalah, dan keseimbangan permainan. Fokus kami adalah pada Akses Awal buatmasa ini; kami akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai Nintendo Switch pada masa akan datang.”

Peminat retro mungkin tahu akan Getsu Fūma Den yang asli, yang dikeluarkan secara eksklusif di Jepun pada sistem Famicom pada tahun 1987. Ia adalah permainan 2D “action side-scrolling” RPG, yang dipuji kerana berjaya beralih antara platform 2D dan penerokaan 3D first-person. Pengguna yang membeli GetsuFumaDen versi Early Access akan menerima port edisi Famicom Jepun asli sebagai bonus, bersama dengan buku seni digital dan soundtrack mini asli.

Jika anda berminat, layari GetsuFumaDen: Undying Moon di laman web rasmi di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Early AccessGetsuFumaDenGetsuFumaDen: Undying MoonGuruGurukonaminintendo switchsteam
Previous Post

Aztech: Forgotten Gods akan hadir ke Nintendo eShop hujung tahun ini

Next Post

Pra-pesanan untuk batch ke-5 PlayStation 5 akan dibuka bermula 16 April 2021! 

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pra-pesanan untuk batch ke-5 PlayStation 5 akan dibuka bermula 16 April 2021! 

Pra-pesanan untuk batch ke-5 PlayStation 5 akan dibuka bermula 16 April 2021! 

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd