Penyusunan semula dan pembubaran ini akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2021. Bagi mereka yang risau jika bahagian pengeluaran permainan video ditutup, Konami menjelaskan itu bukan salah satu daripada rancangan mereka.
Berikut adalah kenyataan rasmi dari wakil Konami:
Pengumuman yang dibuat merujuk kepada penyusunan semula secara dalaman, dengan penyatuan Bahagian Pengeluaran. Kami belum “mematikan” bahagian permainan video.
Selain itu, laman web menyenaraikan perubahan kakitangan pejabat dan pegawai korporat yang akan mengambil jawatan baru pada tarikh yang sama sebagai sebahagian daripada rancangan. Anggota terpilih dari ketiga-tiga bahagian pengeluaran akan dipindahkan ke bahagian pengeluaran umum dan bahagian sokongan produk. Konami tidak memberikan maklumat lanjut mengenai perubahan struktur dalam syarikat.
Buat masa ini, Konami tidak mempunyai rancangan untuk menghasilkan permainan video dari IP mereka, tetapi khabar angin menunjukkan bahawa mereka memberi izin kepada studio lain untuk mengusahakan permainan baru berdasarkan francais mereka. Khabar angin ini belum disahkan, jadi janganlah anda percaya 100% dahulu.
Menurut khabar angin itu, Sony Japan Studio sedang menghasilkan permainan Silent Hill eksklusif untuk pelantar PS5, manakala Bluepoint Games (Demon’s Souls Remake) nampaknya menumpukan perhatian pada remake Metal Gear Solid. Sekali lagi saya beritahu, ini hanya khabar angin dan kita harus menunggu berita rasmi daripada studio. Jika ia terbukti betul 100%, nampak gayanya banyak yang boleh kita nantikan dari Konami pada masa depan. Untuk segala liputan kami tentang Konami, sila tekan pautan ini.
Sumber – Konami
@gamersantaimy
Discussion about this post