Konami mengumumkan keluaran Konami 50th Anniversary Collection untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Siri ini mengandungi tiga koleksi digital-esklusif iaitu Konami Anniversary Collection: Arcade Classics, Castlevania Anniversary Collection, dan Contra Anniversary Collection. Konami Anniversary Collection: Arcade Classics akan keluar dulu pada April 18, diikuti oleh Castlevania Anniversary Collection dan Contra Anniversary Collection pada pertengahan tahun. Ini ialah sebuah rumusan dan maklumat daripada laman web rasmi tentang setiap siri dan koleksi Konami.
Konami Anniversary Collection

Demi anniversary ke-50 Konami, Anniversary Collection Series akan mempamerkan pelbagai game genre arcade dan classic console. Game ini memang dicinta dan dirindui oleh all-time fans dan yang bestnya ialah judul-judul ikonik ini boleh didapati di platform generasi kini. Daripada shooter sehingga ke action, koleksi ini dipenuhi dengan game classic yang mudah untuk main tetapi sangat-sangat adiktif.
Konami mengalu-alukan semua, daripada mereka yang dulu main di televisyen kotak mereka atau mesin arcade, sehingga ke mereka yang baru belajar main, untuk nikmati game-game yang sebahagian daripada sejarah mereka ini. Segala koleksi ialah digital-exclusive dan boleh dimuat turun daripada pelbagai online game store seperti PSN dan Steam.
Konami Anniversary Collection: Arcade Classics

Segalanya bermula di sini. Konami mulakan keluaran pertama untuk 50th Anniversary Collection dengan game yang memang dianggap all-time classic! Koleksi ini mengandungi 8 karya daripada era 80-an, daripada Nemesis ke Haunted Castle. Mari mengalami setiap klasik Konami ini dalam bentuk retro agung, tetapi ditingkatkan dengan ciri-ciri moden.
Senarai Game
- Haunted Castle (1998)
- Typhoon (A-JAX) (1987)
- Nemesis (Gradius) (1985)
- Vulcan Venture (Gradius II) (1988)
- Life Force (Salamander) (1986)
- Thunder Cross (1988)
- Scramble (1981)
- TwinBee (1985, Japan-exclusive)
- Buku Bonus –Juga mengandungi bonus eBook dengan maklumat baru untuk setiap game, termasuk temubual bersama staff development, pandangan behind-the-scene, serta lakaran dan dokumen design yang tidak pernah ditayangkan kepada umum.
Castlevania Anniversary Collection

Antara klasik-klasik yang membentuk siri Castlevania. Koleksi pertama Castlevania Collection direka untuk menjadi satu koleksi lengkap yang menceritakan asal-usul tentang sejarah francais ini. Termasuk sekali ialah eBook unik yang mempunyai butiran oleh developer, artis, dan ramai lagi yang diilhamkan oleh legasi Castlevania.
Senarai Game
- Castlevania (1987, NES)
- Castlevania III: Dracula’s Curse (1990, NES)
- Castlevania II: Belmont’s Revenge (1991, Game Boy)
- Super Castlevania IV (SNES, 1991)
- Akan datang
- Akan datang
- Akan datang
- Akan datang
- Buku Bonus – Akan datang
Contra Anniversary Collection

Pelopor kepada genre run-and-gun, Contra Anniversary Collection akan bawa pulang francais ini kepada platform modern dan kenalkan kepada gamer generasi baru. Kutip power up dan tembak segala musuh dan boss-boss yang uji skill reaksi korang. Sendiri atau dengan kawan, Contra menyediakan aksi-aksi seronok untuk semua.
Senarai Game
- Contra (1987, Arcade)
- Super Contra (1988, Arcade)
- Super C (1990, NES)
- Contra III: The Alien Wars (1992, SNES)
- Akan datang
- Akan datang
- Akan datang
- Akan datang
- Buku Bonus – Akan datang
Sumber – Laman web rasmi Konami
@gamersantaimy
Discussion about this post