Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI) telah mengumumkan hasil daripada division baharu syarikatnya, KONAMI animation. Hasil yang telah didedahkan adalah animasi “Yu-Gi-Oh! CARD GAME THE CHRONICLES”, di mana Dark Magician dan Dark Magician Girl menjumpai cahaya dan mengikutinya. Tetapi mereka tidak berseorangan kerana Blue-Eyes White Dragon dan Red-Eyes Black Dragon turut berada di situ.
Buat pengetahuan anda, “Yu-Gi-Oh! CARD GAME THE CHRONICLES” bukanlah siri baharu tetapi hanya trailer khas yang ditayangkan sempena acara Yu-Gi-Oh Duel Monsters: The Legend of Duelists QUARTER CENTURY sedang berlaku di Tokyo, Jepun. Ia juga untuk menunjukkan bakat-bakat yang terlibat dalam KONAMI animation. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
“KONAMI animation” ialah studio dalaman yang bertujuan untuk mengubah adegan anime Jepun ke tahap baharu secara dinamik dengan memfokuskan semua pengalaman, pengetahuan dan teknologi canggih yang ditanam dalam pembangunan game dan mengaplikasikannya pada pengeluaran anime.

KONAMI Animation merancang untuk mengusahakan pelbagai karya, tidak terhad kepada IP-nya sendiri, sambil memanfaatkan pengetahuan pengeluaran kandungan digital yang telah terkumpul selama ini. Akan ada lebih banyak produksi baharu pada masa akan datang, jadi kita perlu nantikan pengumuman baharu mengenainya nanti. Anda boleh lawati laman web rasminya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai division baharu ini.
Agak-agaknya apalah projek baharu tersebut. Tidak sabar untuk lihat kejutan mengenainya. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post