Pengakhiran dramatik dan kontroversi Satoru Gojo dalam Jujutsu Kaisen Bab 236 telah meninggalkan luka besar kepada peminat, mencetuskan pelbagai perdebatan dan luahan rasa tidak puas hati. Namun, kekosongan yang ditinggalkan oleh watak ikonik ini mungkin tidak akan lama dibiarkan kosong. Munculnya Desscaras, si Abyssal Witch daripada Ichi the Witch, sebagai bintang yang sedang bersinar dalam Weekly Shonen Jump, telah menarik perhatian ramai.
Dengan hanya 19 bab setakat ini, Ichi the Witch sudah berjaya mengumpul peminat setia menerusi dunia fantasinya yang kompleks, adegan aksi yang mendebarkan, dan watak-watak yang mudah disukai. Di tengah-tengah segala hype ini adalah Desscaras, yang kecantikan, kekuatan, dan karismanya sering dibandingkan dengan Gojo.

Ditulis oleh Osamu Nishi dan diilustrasikan oleh Shiro Usazaki, Ichi the Witch membawa pembaca ke dunia fantasi di mana “magic” dianggap sesuatu yang diagungkan tetapi juga diburu. Dalam dunia ini, magic diwujudkan sebagai makhluk hidup yang dikenali sebagai Majik, dan para “witches” perlu lulus ujian tertentu untuk menguasai kuasa mereka. Sebelum kemunculan protagonis, Ichi, dipercayai hanya wanita sahaja yang layak menjadi ahli sihir.

Nasib Ichi berubah apabila dia tanpa sengaja terlibat dalam pertarungan antara King Uroro, seekor Majik yang menakutkan, dan Desscaras, “witch” paling kuat yang pernah wujud. Dengan mengalahkan Uroro—ujian yang tidak boleh dilalui oleh wanita— Ichi meruntuhkan norma masyarakat dengan menjadi ahli sihir lelaki pertama di dunia. Walaupun perjalanan Ichi sebagai witch membawa naratif utama, perhatian pembaca sering tertumpu kepada Desscaras, si Abyssal Witch yang penuh misteri dan tiada tandingan.

Ikon Kekuatan dan Karisma! Persamaan Desscaras dan Gojo!
Desscaras sering dibandingkan dengan Satoru Gojo bukan sahaja kerana kekuatannya yang luar biasa tetapi juga personalitinya yang magnetik.
Kedua-dua watak ini menduduki takhta kekuatan tertinggi dalam dunia masing-masing—Gojo sebagai “jujutsu sorceror” paling terkuat dan Desscaras sebagai “witch” paling terkuat. Keyakinan mereka, yang kadangkala terlihat seperti keangkuhan, menjadikan mereka watak yang menarik hati, baik kepada sekutu mahupun musuh mereka.

Gojo terkenal dengan humor santainya serta sikap memperlekehkan musuh, menjadikannya watak yang kelihatan tidak terkalahkan. Sikap ini turut tercermin dalam keyakinan Desscaras, yang sering mengetepikan amaran dan bantuan, memilih untuk menghadapi cabaran secara langsung dengan sikap yakin diri yang serupa. Keyakinan ini menambah daya tarikan kedua-dua watak, mencipta dinamik yang memukau pembaca.
Dari segi visual, Desscaras turut memiliki ciri yang menyerupai Gojo. Mata kuningnya yang menonjol menjadi elemen penting dalam rekaannya, mengingatkan kita kepada mata biru langit ikonik Gojo. Kedua-dua ciri ini bukan sahaja menunjukkan kecantikan masing-masing tetapi juga melambangkan kekuatan unik yang tiada tandingan.

Walaupun kedua-dua watak ini bukan protagonis utama dalam siri masing-masing, mereka tidak pernah gagal mencuri perhatian setiap kali muncul. Peranan Desscaras sebagai mentor kepada Ichi juga sejajar dengan peranan Gojo sebagai mentor kepada Yuji Itadori dan rakan-rakannya dalam Jujutsu Kaisen.
Desscaras – “Gojo Generasi Baru”

Bab 18 Ichi the Witch, bertajuk “Desscaras the Abyssal Witch,” menjadi titik penting dalam perkembangan watak Desscaras, mengukuhkan statusnya sebagai kegemaran peminat. Kekuatan luar biasanya, digabungkan dengan auranya, membuat ramai menganggapnya sebagai penerus legasi Gojo. Selepas tamatnya Jujutsu Kaisen, Desscaras diberi gelaran mesra “new gen Gojo” oleh peminat yang melihatnya membawa tenaga dan karisma yang serupa dengan ikon tersebut.

Walaupun Desscaras dan Gojo datang daripada naratif yang berbeza, persamaan mereka menonjolkan satu pola watak yang sering muncul dalam manga moden—figura yang mendominasi dunia dengan kekuatan, daya tarikan, dan keyakinan yang luar biasa. Kedua-dua watak ini mengingatkan kita bahawa dalam dunia fantasi penuh protagonis kompleks, mentor dan watak sampingan sering meninggalkan kesan yang paling besar.
Bagi peminat yang masih merindui Gojo, Desscaras menawarkan kehadiran yang serupa—sebuah simbol kekuatan, kecantikan, dan keyakinan—membawa legasi “keunggulan” ke generasi baharu manga.
@gamersantaimy
Discussion about this post