Setiap kemas kini Genshin Impact, pasti akan memperkenalkan watak baru kepada pemain. Setiap watak akan diperkenalkan dengan trailer serta gameplay-nya tersendiri. Sudah tentu ramai pemain sudah bersiap sedia dengan sejumlah primogem yang banyak untuk mendapatkan watak baru itu untuk ditambahkan ke dalam parti mereka.

Tetapi mesti ada juga pemain yang menyesal kerana gacha watak tersebut. Perkara ini boleh dilihat melalui sebuah carta di laman Reddit rasmi Genshin Impact. Data yang dikumpul telah dipersembahkan dalam bentuk carta supaya mudah untuk dibaca oleh pemain lain dalam subReddit itu.
Sebanyak 824 undian telah dikumpulkan dan keputusannya telah didedahkan di laman web tersebut. Cyno yang diperkenalkan dalam update 3.0 telah mendapatkan 100 undian, menjadikannya watak yang paling ramai pemain menyesal gacha. Di bawah Cyno, kita ada Klee yang mendapat 80 undian dan diikuti oleh Childe sebanyak 78 undian.

Terkejut juga melihat Cyno mendapat undian tertinggi kerana ramai pemain yang begitu teruja untuk mendapatkan watak itu setelah melihat gameplaynya. Tetapi sayangnya, damage yang diberikan tidaklah seperti yang diharapkan.

Xiao yang boleh dikatakan sebagai watak yang “OP” juga berada di tempat keempat. Walaupun watak itu mempunyai gaya yang unik semasa bermain, tetapi ada yang memberikan komen bahawa ia menjadi bosan setelah beberapa bulan.

Apa pula pendapat anda tentang carta ini? Adakah anda juga mempunyai watak yang anda menyesal gacha dalam Genshin Impact? Boleh kongsikannya kepada kami di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post