Uniqlo banyak mengeluarkan koleksi UT yang menarik terutamanya koleksi yang berdasarkan anime popular seperti Attack on Titan, Spy x Family, One Piece, Detective Conan dan lain-lain. Kini, Uniqlo Malaysia akan membawa pengembaraan Ash dan Pokemon kepada anda dengan memperkenalkan kolaborasi bersama Pokemon Masters EX.
Koleksi UT Pokemon Masters EX telah pun mula dijual hari ini dan terdapat sebanyak 4 reka bentuk untuk dewasa dan 5 reka bentuk untuk kanak-kanak. Anda boleh lihat gambar di bawah:
- Putih – Pikachu
- Putih – Red dan Charizard
- Hitam – Evil Team Leader
- Biru – Pokemon Champion
- Kuning – Pickachu
- Putih – Kanto Trio
- Putih – Eevee
- Hitam -Evil Team Leader
- Biru – Pokemon Champion

Kalau anda nak tahu Pokemon Masters EX adalah sebuah game mobile yang telah dilancarkan pada 2019 di Android dan juga iOS. Game ini menampilkan pelbagai watak daripada seluruh francais Pokemon. Anda akan bermain sebagai pasukan untuk mengalahkan pelbagai musuh daripada Team Rocket sehingga ke Evil Team Leader.

Kepada Pokemon trainer sekalian, jangan lupa untuk singgah Uniqlo Malaysia berdekatan anda untuk dapatkan baju UT Pokemon Masters EX ini. Barulah semangat nak cari Pokemon sekitar Malaysia kan.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post