UNIQLO akan mengeluarkan Koleksi UT terbaru dengan kolaborasi siri anime popular, Attack on Titan. Terdapat lapan reka bentuk yang anda boleh pilih dan boleh didapatkan dengan saiz XS sehingga 2XL. Kalau anda ingin mendapatkan t-shirt baru Uniqlo ini, ianya tersedia pada 13 Mac 2023 di kedai fizikal dan dalam talian.

UT ini diilhamkan oleh manga Attack on Titan yang menarik perhatian pembaca dengan dunia di mana manusia terpaksa tinggal di bandar yang dikelilingi oleh “tembok” besar yang melindungi mereka daripada humanoid pemakan manusia raksasa yang disebut sebagai Titan, dan “ODM gear” yang telah dibangunkan untuk memerangi Titan.

Bercerita tentang reka bentuk t-shirt ini, ia memaparkan panel manga yang ikonik seperti Titan dalam tembok, Founding Titan Eren dan Levi. Terdapat juga reka bentuk di mana Levi sedang membaca di atas kerusi merah. Anda boleh lihat kesemua design baju di bawah.
Untuk melihat reka bentuk UT Uniqlo Attack on Titan ini, boleh layari laman web rasminya!
Tentang Attack on Titan
Ia merupakan siri manga popular yang ditulis dan dilukis oleh Isayama Hajime dan diterbitkan dalam Bessatsu Shonen Magazine sejak 2009 dan tamat pada 2021. Manga itu juga telah terjual melebihi 110 juta salinan di seluruh dunia dan terus mencipta kejutan bukan sahaja di Jepun tetapi juga di seluruh dunia.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post