Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi PUMA x Pokemon akan hadir 12 November di Malaysia, jualan eksklusif bermula harga RM129!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 9, 2022
in Artikel, Berita, Fesyen, Tempatan
0 0
0
Koleksi PUMA x Pokemon akan hadir 12 November di Malaysia, jualan eksklusif bermula harga RM129!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PUMA dengan kerjasama The Pokemon Company International, mengumumkan kolaborasi kreatif yang menampilkan francais popular Pokémon! PUMA mengambil inspirasi daripada Pokémon kegemaran peminat – termasuk Pikachu, Bulbasaur, Charmander dan Squirtle – untuk koleksi ini yang menampilkan grafik ikonik dan butiran eksklusif pada produk.

Pertama sekali adalah koleksi kasut PUMA yang memfokuskan pada Pokémon popular, seperti PUMA Slipstream Charmander serta PUMA Suede dan Rider FV yang diinspirasikan oleh Pikachu, Bulbasaur dan Squirtle. Jika dilihat dengan teliti, anda dapat jumpa butiran tersembunyi pada label kasut, bahagian insole, dan tumit.

PUMA Charmander

PUMA Pikachu

PUMA Bulbasaur

PUMA Squirtle

Selain kasut, PUMA juga mengeluarkan produk Pokemon lain termasuk jaket sherpa, sweatpant, kemeja-T, sweatshirt dan hoodie – semuanya mempunyai grafik bertema Pokemon. Akhir sekali adalah aksesori yang terdiri daripada topi beanie dan beg.

Ditawarkan dalam pelbagai jenis saiz, koleksi PUMA x Pokémon boleh didapati di kedai PUMA terpilih:

  • KLCC
  • Pavilion KL
  • Sunway Pyramid
  • Queensbay Mall
  • Mid Valley
  • Tropicana Garden
  • I-City
  • Paradigm JB
  • Genting Sky Avenue
  • Atmos KL
  • SoleWhat
  • JD Sports

Jualan akan bermula 12 November, di mana harga runcit bermula pada nilai RM129 hingga RM649.

Jika berminat, jangan lupa untuk singgah di kedai berhampiran anda! Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiapokemonPUMA
Previous Post

“Ending Attack on Titan lagi bagus” — Bab Terbaru Tokyo Revengers Buatkan Peminat Tidak Puas Hati!

Next Post

Ayaneo Air Review – PC handheld boleh dibawa kemana sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ayaneo Air Review – PC handheld boleh dibawa kemana sahaja!

Ayaneo Air Review - PC handheld boleh dibawa kemana sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd