Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi lengkap soundtrack FAIRY TAIL akan tersedia pada 16 MAC 2022!

Maira by Maira
March 11, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Koleksi lengkap soundtrack FAIRY TAIL akan tersedia pada 16 MAC 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga album daripada siri anime FAIRY TAIL akan dilepaskan pada 16 Mac ini. Tiga album tersebut adalah “FAIRY TAIL SOUNDTRACK ARCHIVES 2009-2013”, “CHARACTER SONGS COLLECTION” dan “FAIRY TAIL LIVE, Music Festival Of The Dragon King”. Bukan setakat itu sahaja, ianya juga akan tersedia untuk dimainkan melalui platform penstriman seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan banyak lagi. Mari kita lihat lebih terperinci mengenai album-album ini.

Yasuharu Takanashi

ARCHIVES SOUNDTRACK FAIRY TAIL 2009-2013

Album ini merupakan edisi lengkap soundtrack anime FAIRY TAIL. Ia mempunyai 181 lagu termasuk soundtrack yang dihasilkan oleh Yasuharu Takanashi untuk kesemua 4 karya musim pertama anime “FAIRY TAIL” dan dimaster semula untuk album ini. Jika anda ingin tahu, Yasuharu Takanashi telah membuat muzik untuk banyak anime popular.

Arkib ini mengandungi soundtrack daripada empat album soundtrack terdahulu yang dikeluarkan pada tahun 2010, 2011, 2013 dan 2017 untuk versi remaster. VOL 1 untuk album ini sangat popular kerana ianya mempunyai lagu tema FAIRY TAIL yang masih lagi disukai dan dimainkan oleh peminat seluruh dunia. Yasuharu Takanashi mencipta bunyi simfoni yang sangat unik yang merupakan gabungan bunyi heavy berdasarkan muzik metal dan Celtic.

Kali ini, beberapa lagu yang sangat berharga seperti versi demo ‘FAIRY TAIL Main Theme’ telah dikembalikan secara digital dan akan dikeluarkan dalam album dalam album yang dipanggil, “Unreleased Music Collection”. Versi demo ini merupakan versi pertama lagu tema FAIRY TAIL yang dihasilkan oleh Yasuharu Takanashi yang bertanggungjawab ke atas BGM anime tersebut.

CHARACTER SONGS COLLECTION

Album kedua ini mengumpulkan 20 lagu watak yang dicipta dalam tempoh masa yang sama. Kedua-dua lagu itu kini ditambah sebagai lagu baharu untuk “FAIRY TAIL ORIGINAL SOUNDTRACK VOL. 4” akan tersedia melalui servis langganan buat kali pertama.

FAIRY TAIL LIVE, Music Festival Of The Dragon King

Album terakhir ini mempunyai lagu daripada persembahan secara langsung pada tahun 2019 berjudul, “FAIRY TAIL LIVE, Music Festival Of The Dragon King 2019”, di mana hanya lagu FAIRY TAIL dipersembahkan. Muzik dan persembahan langsung itu dipulihkan secara digital buat kali pertama.

Persembahan langsung itu telah dilakukan oleh Yasuharu Takanashi di Shinjuku ReNY pada 28 September 2019, dan dia hanya mempersembahkan lagu daripada “FAIRY TAIL”. Diharapkan orang ramai akan mendengarnya seolah-olah berada di persembahan legenda yang banyak diperkatakan dalam kalangan peminat anime.

Ini sememangnya berita baik untuk peminat FAIRY TAIL! Bolehlah anda mendengar semula soundtrack kegemaran anime di platform rasmi. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Fairy TailMuziksoundtrack
Previous Post

Call of Duty: Warzone Mobile diumumkan secara rasmi

Next Post

The Rising of the Shield Hero S2 akan ditayangkan 6 April ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
The Rising of the Shield Hero S2 akan ditayangkan 6 April ini!

The Rising of the Shield Hero S2 akan ditayangkan 6 April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd