Haaaa, ni nak bagitahu korang ni. Sekarang ni Amnesia : The Dark Descent dengan Amnesia : A Machine For Pigs tengah free dekat Steam tapi buat masa yang terhad. Jom, kite tengok sikit apa yang best game horror ni.
Amnesia : The Dark Descent menceritakan tentang Daniel yang mengembara ke dalam Istana yang gelap, sambile cuba mengawal kewarasan dengan mengelakkan diri dari perkara-perkara yang menakutkan . Mesti korang macam tertanya kan apa si Daniel ni buat kat sini? Apa jadah dia lepak dalam Istana gelap nak mati ni? Nak tahu, korang kene main lah, tengah free kan? Asalnya, harga game ni MYR 38.00. Nanti aku tinggalkan link untuk korang
Untuk Amnesia : A Machine For Pigs ni pulak, dia merupakan satu sambungan yang tidak terus kepada Amnesia : The Dark Descent. Kerana plotnya yang ada masa korang di masa kini, dan ada masa korang berada di masa lampau. Eh, cukup aku spoil yang tu je, nak tahu lagi, korang kena main sendiri lah kan? Kan Steam tengah bagi free tu? Game ni asalnya MYR 38.00. Jap, aku bagi link download.
So, since aku da spoil sikit untuk korang, mesti korang rasa macam nak main kan? Tunggu, nanti aku racun sikit lagi supaya korang semua yang kaki minat game horror ni, terasa macam nak main. So far, bagi aku, story wise kedua dua game ni sangat lah best. No wonder dua kali menang award kan.
@gamersantaimy
Discussion about this post