Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2025
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Open World, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengumumkan kolaborasi menarik antara Monster Hunter Wilds dan Street Fighter 6, yang bakal membawa watak legenda Akuma serta pelbagai kandungan eksklusif ke dunia perburuan raksasa.

Kolaborasi ini akan dilancarkan pada hari Rabu, 28 Mei 2025, dengan misi baharu, ganjaran menarik, dan mekanik combat dinamik yang diinspirasikan daripada Street Fighter 6. Lebih menarik, kandungan ini akan menjadi sebahagian tetap dalam Monster Hunter Wilds, membolehkan para pemburu menikmatinya bila-bila masa.

Akuma, watak ikonik Street Fighter yang dikenali kerana usahanya untuk menjadi pahlawan terunggul, kini membuat kemunculan dalam Monster Hunter Wilds. Pemain boleh menjelma sebagai Akuma melalui set full armor “Akuma” dan layered equipment, yang turut membuka akses kepada gerakan khas seperti Gou Hadoken dan Gou Shoryuken.

Gerakan ini boleh digunakan melalui arahan “Assisted Combo: Akuma” di Item Bar, membolehkan pemburu melancarkan serangan kombo. Kesan serangan bergantung pada jenis senjata yang digunakan: set perisai penuh memberikan peningkatan damage dan kesan stun, manakala gerakan Drive Impact memperoleh effect offset tersendiri.

Kredit: CAPCOM

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, side mission baharu bertajuk Ultimate Strength akan dibuka kepada pemain yang mencapai Hunter Rank (HR) 21 ke atas. Untuk memulakan misi ini, pemburu perlu berbual dengan Quinn, pengendali Unit Vespae di Oilwell Basin Base Camp.

Lengkapkan misi ini untuk membuka ganjaran eksklusif seperti set hunter armor “Akuma”, set Palico armor “Blanka-Chan”, serta hunter profile background, nameplate, dan pose istimewa.

Dua arena quest tambahan, Demonic Strength dan True Strength, juga menanti mereka yang ingin menguji tahap kemahiran mereka dan mendapatkan lebih banyak ganjaran.

Kredit: CAPCOM

Bermula Rabu, 28 Mei 2025, pemain turut boleh mendapatkan DLC tambahan bagi memantapkan lagi pengalaman kolaborasi ini. Antara kandungan yang ditawarkan termasuk:

  • Pakaian Alma: Pakaian Chun-Li dan Cammy yang diinspirasikan daripada Street Fighter 6.
  • Pendant: Patung Blanka-Chan.
  • Pelekat: Set pelekat bertemakan Street Fighter 6.
  • Gesture: Hadoken, Shoryuken, dan Tatsumaki Senpu-kyaku – masing-masing mempunyai kesan serangan tersendiri untuk menambah gaya dalam pertarungan.
Kredit: CAPCOM

Monster Hunter Wilds boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter WildsStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Days Gone Remastered – Bersedia Untuk Dikejar Segerombolan Zombie Sekali Lagi?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Days Gone Remastered – Bersedia Untuk Dikejar Segerombolan Zombie Sekali Lagi?
Review

Reviu Days Gone Remastered – Bersedia Untuk Dikejar Segerombolan Zombie Sekali Lagi?

SHINOBI: Art of Vengeance – Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Trailer Baru Kenalkan Neo City & Oboro Village

May 22, 2025
Destiny: Rising Buka Pra-Pendaftaran Global Di iOS, Info Lanjut Diumumkan
Mobile

Destiny: Rising Buka Pra-Pendaftaran Global Di iOS, Info Lanjut Diumumkan

May 22, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd