Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang x Naruto Bermula 2 Mei 2025! Tonton Gameplay Awal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2025 - Updated on April 17, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Kolaborasi, MOBA, Mobile
0 0
0
Kolaborasi Mobile Legends: Bang Bang x Naruto Bermula 2 Mei 2025! Tonton Gameplay Awal!
Share on FacebookShare on Twitter

Moonton Games telah memperkenalkan kolaborasi antara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Naruto Shippuden, yang secara rasminya akan dilancarkan pada 2 Mei 2025!

Acara global ini, yang boleh diakses di Malaysia dan di seluruh dunia, membawa watak-watak ikonik Naruto ke medan perang MLBB dengan skin eksklusif, tema meriah, dan ganjaran yang menarik, untuj menandakan salah satu kerjasama anime paling bercita-cita tinggi dalam game ini.

Kolaborasi MLBB x Naruto memperkenalkan lima skin bertema Naruto Shippuden eksklusif, mengubah hero MLBB kegemaran peminat menjadi ninja-ninja yang digemari.

Setiap skin dilengkapi dengan animasi autentik dan disuarakan oleh pelakon suara original Naruto, termasuk Junko Takeuchi (Naruto), Noriaki Sugiyama (Sasuke), dan Chie Nakamura (Sakura), dengan Easter Egg “interaksi suara tersembunyi” untuk ditemui oleh pemain.

Berikut adalah yang ditawarkan:

  • Lukas sebagai Naruto Uzumaki: Menggunakan Rasengan ikonik sebagai serangan utama, dengan Chakra Dash untuk pergerakan pantas. Ultimate-nya menampilkan transformasi ke Nine-Tails Tailed Beast Mode, merangkumi semangat berapi Naruto.
  • Suyou sebagai Sasuke Uchiha: Menyalurkan serangan Chidori dan teleportasi inspirasi Rinnegan, dengan half-body Susanoo sebagai Ultimate, untuk menunjukkan semangat intensiti Sasuke.
  • Kalea sebagai Sakura Haruno: Membawa pukulan hebat Sakura, dengan skil yang mempamerkan kekuatan power punch-nya dan kemahiran healing ke medang perang.
  • Hayabusa sebagai Kakashi Hatake: Membuat kemunculan bergayanya, dengan Lightning Blade menari di hujung jari dan kombo pantas untuk kemenangan segera di Ninja Battlefield.
  • Vale sebagai Gaara of the Sand: Membuat kemunculan final yang hebat, dengan Sand Burial yang memusnahkan dan kebolehan mengawal pasir berkuasa. Sertai acara kolaborasi ini untuk berpeluang mendapatkan skin Vale “Gaara” PERCUMA!

Acara ini dibalut dengan tema “Ninjutsu Academy,” menghidupkan alam Naruto dengan efek visual seperti tenaga Kurama milik Naruto, Chidori Sasuke yang berderau, dan ribut pasir Gaara yang melanda.

Pemain boleh menyertai sistem cabutan menggunakan Vouchers of Flames—token eksklusif acara—atau Diamonds untuk mendapatkan skin ini, di mana cabutan harian pertama didiskaunkan sebanyak 50%. Ganjaran tambahan termasuk avatar border bertema Naruto, efek elimination, efek recall, efek spawn, dan kill notification, meningkatkan lagi suasana anime.

Bagi pemain Malaysia, acara ini wajib disertai, memandangkan populariti besar Mobile Legends dan pangkalan peminat Naruto yang tinggi di negara ini. Jangan lupa sertai MLBB pada 2 Mei 2025, dan kumpul Diamond untuk menyertai cabutan bertema Naruto.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legendsnaruto
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero 1.7 “Bury Your Tears With the Past” Dilancarkan pada 23 April

Next Post

PlayStation Plus Malaysia Terima Kenaikan Harga, Perubahan Bermula 16 April 2025

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
Next Post
PlayStation Plus Malaysia Terima Kenaikan Harga, Perubahan Bermula 16 April 2025

PlayStation Plus Malaysia Terima Kenaikan Harga, Perubahan Bermula 16 April 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd