Semasa livestream Summer Game Fest hari ini, kita telah didedahkan dengan sesuatu yang menarik oleh Capcom. Perkara tersebut adalah kolaborasi antara game baharu mereka iaitu Street Fighter 6 dan Exoprimal. Pengumuman tersebut hadir bersama teaser untuk game yang memaparkan mecha Ryu dan Guile. Anda boleh tonton teaser tersebut di bawah.
Buat sementara ini, ia masih lagi dalam pembangunan dan dijadualkan untuk lancar semasa musim luruh, anggaran bulan September hingga November 2023. Selain daripada itu tiada maklumat lanjut yang diumumkan. Apa pun kita tunggu pengumuman lanjut mengenai kolaborasi Street Fighter 6 dan Exoprimal ini,

Exoprimal pula akan dilancarkan pada 14 Julai di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Ia juga akan tersedia melalui Xbox Game Pass pada hari pelancaran untuk dimainkan.

Street Fighter 6 telah pun tersedia untuk dimainkan malah ia juga antara game fighting yang terbaik buat masa ini. Dapatkannya sekarang di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC.
Untuk segala liputan mengenai Summer Game Fest 2023 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post