Moonton telah mengumumkan acara khas yang bakal tiba pada 24 Ogos dengan kerjasama francais Transformers! Acara Mobile Legends X Transformers ini bakal menampilkan pelbagai konsep skin baru untuk pemain sesuaikan pada karakter mereka. Antara hero in-game yang bakal menerima skin Transformers eksklusif ini seperti Johnson, Granger dan X-borg! Anda boleh lihat trailer sinematik yang baru dilancarkan dibawah:
Melalui trailer yang dikongsikan, kita dapat mengesahkan beberapa konsep skin baru yang bakal dilancarkan untuk hero seperti Johnson menjadi Optimus prime. Pemain juga boleh mengharapkan yang mereka akan dapat skin eksklusif Bumblebee pada watak hero Mobile Legends lain semasa acara ini berlangsung! Malah, kita didedahkan dengan kelibat hero Granger dilihat bersama watak jahat dari filem Transformers, iaitu Megatron!
Pada ruang komen di video trailer ini, akaun rasmi Mobile Legends: Bang Bang telah meletakkan pin komen yang menyatakan:
“Terdapat kejutan kecil di hujung trailer. Adakah anda menjumpainya?
Mengapa Transformers muncul di Land of Dawn? Apa sebabnya pertempuran ini?
Lihat jawapannya dalam komik “”Visitors from Cybertron”” yang akan dikeluarkan pada 21 Ogos.“

Sebelum ini, Mobile Legends telah membuat kolaborasi bersama francais Disney terkenal seperti Star Wars pada bulan Mei yang lalu. Acara Mobile Legends x Transformers Legends of Two Worlds bakal bermula pada 24 Ogos nanti! Untuk yang berminat, anda boleh membaca segala liputan kami berkaitan game ini di pautan tersedia.

@gamersantaimy
Discussion about this post