Baru-baru ini, Garena Arena of Valor atau AOV telah mengadakan kembali acara kolaborasi bersama Ultraman di Event I Am Ultraman! Pemain kini boleh mendapatkan skin khas Seven dan juga Ultraman apabila mereka berjaya mengalahkan raksasa Kaiju. Acara kolaborasi ini telah bermula sejak 2 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 31 Julai 2021 nanti. Malah, anda akan menerima pelbagai hadiah menarik apabila berjaya menghasilkan sejumlah damage dan mengurangkan HP Kaiju di acara I Am Ultraman.
Who misses the Specium Beam and Specium Blade?
ULTRAMAN and SEVEN are back! Their skills are ready to keep Horizon Valley's peace once again!#AoVXULTRAMAN #Collab #Ultraman pic.twitter.com/jvXo1xcEOO
— Arena of Valor (@ArenaofValor) July 3, 2021
Untuk acara kolaborasi ini, pemain boleh mencuba mendapatkan skin khas in-game iaitu Seven dan Ultraman. Apabila anda telah memperolehi salah satu dari dua skin kolaborasi ini, Challenger akan menerima Damage Boost untuk menghasilkan damage lebih besar pada musuh di masa akan datang. Selain skin khas Seven dan Ultraman, pemain juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah menarik seperti Avatar, Frame, Emoji Permanent, Battle Effect dan pelbagai lagi!
Untuk maklumat anda, skin Seven akan tersedia untuk Florentino sahaja, iaitu Hero yang mempunyai skil Swordsmen. Malah Skill Effect dan Sound Effect untuk Florentino juga telah dihasilkan dengan unik, di mana anda boleh melihat kekuatan Seven pada Hero yang dimainkan. Manakala untuk skin Ultraman pulak akan dikhaskan pada Ryoma, iaitu Hero yang mempunyai skil Assassin. Rekaan skin ini sangat hebat dan juga mempunyai kesan mengubah serangan serta boleh melakukan Skill Effect yang mengeluarkan laser untuk menewaskan musuh-musuh di arena.
Acara AOV x Ultraman ini telah pun bermula dan akan tamat pada 31 Julai 2021 ini! Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan bermain AOV untuk mendapatkan skin khas Seven dan Ultraman sekarang! Untuk membaca lebih banyak lagi liputan kami mengenai Arena of Valor, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post