Berita baik untuk para peminat game genre real-time strategy (RTS) kerana THQ Nordic dan Black Sea Games telah mengumumkan bahawa game terbaru mereka iaitu Knights of Honor 2: Sovereign. Game ini akan tersedia untuk platform PC sahaja dan akan dikeluarkan pada 7 Disember ini.
Anda boleh tengok trailer gameplay Knights of Honor 2: Sovereign di bawah:
Trailer tersebut menunjukkan kepada kita bagaimana game ini akan dimainkan nanti. Ia bermula dengan pemain sedang merancang untuk menceroboh kerajaan jiran, mewujudkan laluan perdagangan, dan menyebabkan pemberontakan di kerajaan lain.
Selain itu, trailer ini juga menunjukkan gameplay pertempuran kerana anda boleh merekrut dan memimpin tentera untuk berperang. Anda juga akan dapat mengawal pasukan tentera secara langsung dan memimpin mereka dalam pertempuran RTS yang penuh aksi. Dengan menggunakan taktik RTS, anda boleh “flanking”musuh dengan unit berkuda atau menghantar askar untuk memanjat dinding istana mereka.

Knights of Honor 2: Sovereign berlatarkan di Eropah pada Zaman Pertengahan, di mana pemain boleh memilih kerajaan mereka dari kalangan Eropah, Afrika Utara dan beberapa bahagian Asia. Anda akan menjadi Raja dan boleh melantik marsyal, pedagang, ulama, diplomat dan pengintip untuk menyertai mahkamah diraja.
Anda boleh memilih cara untuk memerintah, sama ada melalui diplomasi yang licik atau penaklukan yang kejam. Game ini juga mempunyai pelbagai mod untuk anda bermain bersama rakan-rakan secara online.
Berikut adalah kisah tentang Knights of Honor 2: Sovereign:

Knights of Honor II: Sovereign: Menjadi Raja dan bergelut untuk menguasai Eropah dalam game strategi pada zaman pertengahan ini. Sovereign mengandungi semua perkara yang diingini oleh pemain untuk game strategi, mempersembahkan dunia sebagai makhluk kecil yang hidup, bernafas dan boleh diperintah.
Pilih istana diraja anda dengan berhati-hati dan tentukan nasib rakyat anda, sama ada kekayaan, penaklukan, tipu daya, perdagangan, atau kekalahan! Bangkitkan tentera untuk mempertahankan tanah anda atau berperang dengan musuh – terjun ke pertempuran secara langsung dalam RTS yang penuh aksi. Jalannya dibuka: jadilah Sovereign sejati rakyatmu.

Ciri-ciri penting:
- Strategi besar boleh diakses – Semua ilmu tentang agama, diplomasi, pembangunan bandar dan banyak lagi tanpa sebarang kekeliruan.
- Real-Time Gameplay – Zaman Pertengahan Eropah menjadi hidup, tidak perlu pusingan.
- Mahkamah Diraja – Lantik Marshall, Clerics, Pedagang, Diplomat dan pengintip untuk melaksanakan kehendak anda di seluruh negara.
- Pertempuran RTS – Pimpin tentera anda secara langsung dalam pertempuran RTS yang memukau.
- Berbilang pemain – Sertai bersama rakan-rakan untuk menyahut cabaran Zaman Pertengahan Eropah.

Sekali lagi saya ingatkan bahawa Knights of Honor 2: Sovereign akan dikeluarkan pada 7 Disember ini dan hanya untuk platform PC melalui Steam sahaja.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post