Dengan pelancaran Final Fantasy FFXVI pada Jun yang lalu, kini barisan utama game telah mencecah angka ke-16. Pelbagai cabaran serta penceritaan yang telah disampaikan oleh setiap game yang dilancarkan. Anda pernah tidak terfikir, mengapa francais ini bernama “Final Fantasy”? Kami juga sering tertanya-tanya mengenainya. Nampaknya ada kisah menarik di sebaliknya yang telah didedahkan sendiri oleh pencipta Final Fantasy, Hironobu Sakaguchi.

Melalui temu ramah bersama Hironobu Sakaguchi sempena sambutan ulang tahun ke-35 siri, Sakaguchi telah menceritakan bagaimana siri ikonik ini mendapat namanya. Ia bermula dengan syarikat game tersebut, Square yang inginkan game yang mudah dipendekkan, sama seperti Dragon Quest yang dipendekkan kepada DQ. Jadi mereka inginkan tajuk game yang boleh dipanggil “FF”, dengan tajuk asal “Fighting Fantasy”.

Malangnya, nama tersebut telah pun digunakan oleh satu game tabletop yang dipanggil “Fighting Fantasy” bersama trademark. Nak dipendekkan cerita, pasukan pembangun pun menggunakan tajuk “Final Fantasy”, sebagai pilihan terakhir. Anda boleh melihat keseluruhan temu ramah tersebut melalui video di bawah.
Bayangkan kalau game FF sekarang dipanggil Fighting Fantasy, mesti rasa pelik betul tidak? Ia terasa seperti game fighting berbanding JRPG. Banyak lagi perkara menarik yang telah didedahkan dalam video temu ramah tersebut, anda boleh tontonnya melalui video di bawah.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post