Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kini Viral, Wujudnya Trend Baju Raya Bertema Ultraman & Kamen Rider!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 5, 2025
in Artikel, Berita, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Kini Viral, Wujudnya Trend Baju Raya Bertema Ultraman & Kamen Rider!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa hari ini, satu trend unik telah mencuri perhatian di media sosial, di mana baju raya tradisional seperti Baju Melayu dan Baju Kurung direka semula dengan elemen inspirasi daripada Ultraman dan Kamen Rider.

Rekaan bertemakan watak-watak tokusatsu ini mula tular di TikTok, terutamanya melalui perkongsian @nabiu_rahman. Dalam videonya, dia memaparkan baju raya dengan estetika ala-Ultraman dan Kamen Rider, lengkap dengan elemen ikonik seperti Color Timer, corak jalur yang menyerupai perisai, serta kombinasi warna mencolok mata seperti merah, hitam, putih, emas dan lain-lain yang mirip watak-watak dari kedua-dua francais tersebut.

Walaupun ramai yang teruja dengan rekaan ini, baju raya bertemakan Ultraman dan Kamen Rider sebenarnya belum dijual di pasaran. Ia hanyalah hasil rekaan digital yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI), bukannya produk sebenar. Namun, kerana rekaannya yang kelihatan begitu realistik, ramai pengguna media sosial menyangka pakaian ini wujud dan ada yang bertanya mengenai harga serta tempat untuk membelinya.

Kredit: nabiu_rahman

Meskipun minat terhadap baju raya unik ini semakin meningkat, setakat ini belum ada tanda-tanda ia akan dihasilkan secara komersial. Namun, sambutan hangat daripada netizen mungkin memberi inspirasi kepada pereka fesyen atau syarikat pakaian untuk mempertimbangkan idea ini di masa hadapan.

Buat masa ini, peminat Ultraman dan Kamen Rider yang ingin menggayakan pakaian bertema tersebut mungkin perlu berpuas hati dengan pakaian kasual seperti t-shirt dan barangan fesyen yang dijalankan secara rasmi seperti Uniqlo dan lain-lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Baju Rayakamen riderUltraman
ShareTweetSend
Previous Post

Industri Gaming China Semakin Maju, Watak Game Lagi Menarik Hingga Studio Jepun Pun Cemburu!

Next Post

Reviu SYNDUALITY Echo of Ada – Pertarungan Mecha Yang Berpotensi Besar, Tapi Masih Perlu “Perbaiki”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Reviu SYNDUALITY Echo of Ada – Pertarungan Mecha Yang Berpotensi Besar, Tapi Masih Perlu “Perbaiki”

Reviu SYNDUALITY Echo of Ada - Pertarungan Mecha Yang Berpotensi Besar, Tapi Masih Perlu "Perbaiki"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd