Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kini JUVENTUS Pula Menjadi Rakan Kongsi Eksklusif bersama KONAMI

Cristiano Ronaldo in da houzee!

Nyny.A by Nyny.A
July 17, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Kini JUVENTUS Pula Menjadi Rakan Kongsi Eksklusif bersama KONAMI
Share on FacebookShare on Twitter

Hari itu perjanjian jangka masa panjang bersama Manchester United dan kemudian FC Bayern, makin dekat PES 2020 nak melabuhkan tirainya ke pasaran, makin banyak pengumuman yang diberikan oleh KONAMI. Nampaknya FIFA 20 kena kejar Pro Evolution Soccer (PES 2020) untuk tarik perminat ni! Okay kalini KONAMI telah mengumumkan perjanjian jangka masa panjang dan rakan kongsi eksklusif bersama pasukan bola gergasi Eropah iaitu JUVENTUS!

Perkongsian baru dan menarik dari KONAMI ini akan melihat siri eFootball PES menggunakan hampir keseluruhan Juventus untuk permainan ini. Bermakna untuk PES 2020 akan datang ini, KONAMI berhak mendapat akses eksklusif untuk menggunakan nama pasukan gergasi Itali ini, puncaknya dan kit rasminya!

Siapa yang tidak kenal pasukan gergasi Juventus ni kan, dimulakan pada tahun 1897, mempunyai ramai peminat di Itali dan seluruh dunia. Serta pernah memenangi rekod pemenang 37 liga, 13 Piala Itali dan 8 Piala Super Itali! Konami yang bekerjasama bersama Old Lady turut membawa kesemua pemain dalam versi imbasan 3D yang realistik!

https://www.facebook.com/PES/videos/334923564084275/

Bukan itu sahaja, stadium utama mereka Allianz juga akan berada dalam PES 2020 tapi bukan di FIFA 20 ye!

Tidak terlupa juga, bintang Juventus Miralem Pjanic juga akan menjadi duta besar kepada PES 2020!

eFootball PES 2020 akan hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC Steam 10 September ini! Manakala pra-pembelian juga boleh didapati dilaman web KONAMI. Tidak terlupa edisi khas Pasukan Juventus turut akan didapati ketika pelancaran.

Jadi jangan lupa untuk ikuti laman web rasmi PES 2020, Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube mereka. Jom saksikan trailer rasmi pasukan Juventus di PES 2020.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: juventusJUVENTUS FCkonamiPES 2020
Previous Post

Baby bertuah bernama “Google” menerima hadiah istimewa daripada “Google”!

Next Post

Hasbro menghasilkan mainan Transformer “Unicron” yang tinggi 2-kaki dan bernilai hampir RM2,400!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hasbro menghasilkan mainan Transformer “Unicron” yang tinggi 2-kaki dan bernilai hampir RM2,400!

Hasbro menghasilkan mainan Transformer "Unicron" yang tinggi 2-kaki dan bernilai hampir RM2,400!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd