Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingston IronKey Vault Privacy 80 kini dilancarkan! SSD external dilengkapi touchscreen

safwan by safwan
July 12, 2022
in Artikel, Berita, Hardware, Konsol, Mobile, PC, Platform, Teknologi
0 0
0
Kingston IronKey Vault Privacy 80 kini dilancarkan! SSD external dilengkapi touchscreen
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Kingston telah memperkenalkan Hardware-encrypted storan terbaru iaitu IronKey Vault Privacy 80 External SSD (VP80ES) dan IronKey Vault Privacy 50 (VP50). Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mengemas kini barisan DataTraveler dengan menambah Kingston DataTreveler microDuo 3C (DTDUO3CG3) dan DataTreveler Micro (DTMC3G2).

Storan Hardware-encrypted

Kingston ironKey Vault Privacy 80 External SSD (VP80ES) merupakan inovatif pertama daripada Kingston dengan memperkenalkan OS sendiri untuk external SSD bersama touchscreen dan hardware-encryption untuk melindungi data. Dengan menampilkan paparan touchscreen berwarna dan FIPS 197 yang diperakui dengan 256-bit encryption, perkakasan ini direka bentuk untuk melindungi daripada serangan Brute Force dan BadUSB dengan firmware yang sesuai untuk pengguna kecil dan sederhana.

Ia juga didatangkan dengan keselamatan military-grade yang menjadikannya sangat hebat berbanding menggunakan internet dan servis Cloud bagi melindungi maklumat syarikat, dokumen dan juga gambar beresolusi tinggi dan video.

VP80ES juga dilengkapi dengan Multi-Password (Admin/User) bersama dua pilihan mode iaitu “Pin” atau “Passphrase” dan juga Configurable Password Rules. Dengan adanya keselamatan serangan Brute Force, mereka akan delete segala data yang disimpan didalamnya secara automatik sekiranya pengguna memasuki kata laluan salah lebih 15 kali.

Manakala IronKey Vault Privacy 50 (VP50), ia didatangkan dengan FIPS 197 dan Hardware-encryption AES 256-bit dalam mode XTS untuk keselamatan data. VP50 menyediakan kata laluan Admin, User dan One-Time Recovery dengan mode Complex atau Passphrase. Dengan mode Passphrase baru, anda boleh gunakan daripada PIN angka nombor, ayat, senarai perkataan sehingga lirik lagu. Yang penting semuanya dalam 10 hingga 64 aksara panjang dan unik.

Admin juga boleh mengaktifkan kata laluan One-Time Recovery atau reset kata laluan User untuk memulihkan akses data. Sama seperti VP80ES, ia juga dilindungi daripada serangan Brute Force yang membolehkan data dalam storan itu di padam secara automatik sekiranya memasuki kata laluan yang salah sehingga 10 kali berturut-turut.

Ia juga dapat melindungi daripada pelbagai malware melalui mode Read-Only untuk melindungi drive. Tambahan pula, terdapat keyboard virtual melindungi kata laluan daripada keyloggers atau screen-logger. Anda boleh menyesuaikan dengan Product ID (PID) melalui Kingston Customization Program.

DataTraveler USB Drive baru

DataTraveler microDUO 3C (DTDUO3CG3) didatangkan dengan dua USB iaitu USB Type-C dan USB Type-A dengan storan sebesar 256GB. Dengan menggunakan USB 3.2 Gen 1, ia dapat menyokong kelajuan sehingga 200MB/s. Jadi, anda boleh memindahkan fail dengan pantas daripada pelbagai perkakasan termasuk phone, tablet dan komputer.

Manakala DataTraveler Micro (DTMC3G2) adalah USB ultra-small dan ringan. Anda boleh gunakan di komputer, printer, konsol dan banyak lagi. Dengan menggunakan USB 3.2 Gen 1, ia dapat menyokong kelajuan sehingga 200MB/s. Jadi, anda boleh memindahkan fail dengan pantas termasuk fail besar seperti filem, game dan gambar.

Anda boleh dapatkan Iron Key Vault Privacy 80 dengan storan 480GB, 960GB dan 1920GB manakala Iron Vault Privacy 50 tersedia dengan storan 8GB sehingga 256GB. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan kedua-dua barisan ini, sila pergi ke laman web rasmi Kingston.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kingston DataTraveler MicroKingston DataTraveler microDuo 3CKingston IronKey Vault Privacy 50Kingston ironKey Vault Privacy 80
Previous Post

Artis VFX benci bekerja dengan Marvel, tak berbaloi walaupun gaji tinggi

Next Post

[Review] Sonic Origins (PS5) – Koleksi game klasik Sonic membawa memori lama

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
[Review] Sonic Origins (PS5) – Koleksi game klasik Sonic membawa memori lama

[Review] Sonic Origins (PS5) - Koleksi game klasik Sonic membawa memori lama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd